fbpx

64MP dan 4 kamera akan datang ke telefon baru Realme minggu depan

Nampaknya Realme akan mengotakan janji dibuat mereka pada bulan Jun lepas di mana, CEO Realme, Madhav Sheth mengatakan mereka akan melancarkan telefon pintar dengan kamera 64MP pertama di dunia. Majlis pelancaran telefon pintar ini akan diadakan pada 8 Ogos 2019 di India.

Perkara ini dimaklumkan oleh Realme menerusi media sosial rasmi mereka. Menariknya, gambar yang dikongsikan memberi beberapa petunjuk tentang kamera tersebut.

Dengan tajuk ‘Leap to Quad Camera‘ (melompat ke empat kamera), ia menunjukkan telefon baru Realme ini akan dilengkapi 4 kamera dengan salah satu kamera tersebut dilabel 64MP.

Mungkin agak kelakar sebab Realme belum pernah melancarkan telefon dengan tiga kamera di belakang. Model terbaru Realme 3 dan Realme 3 Pro, kedua-duanya memiliki hanya dua kamera belakang. Sama juga di Realme X yang masih belum tiba di Malaysia.

Dengan 4 kamera, seharusnya ia menggunakan kamera utama 64MP bersama kamera telefoto dan kamera ultra lebar. Kamera keempat pula, mungkin hanya untuk pengesan kedalaman atau kamera makro seperti di Honor 20 Pro. Atau adakah Realme akan membuat kejutan lain dengan memperkenalkan sesuatu yang baru?

Dengan ini, Realme akan mendahului Redmi yang turut mengumumkan akan memperkenalkan kamera 64MP di telefon pintar baru mereka sebelum ini. Dapatkah Realme menjadi yang pertama? Sama-sama kita tunggu majlis pelancarannya pada 8 Ogos 2019.

BACA  Hanya RM28/bulan untuk 22GB data dengan RedOne Data28