• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Tab S6 makin canggih dengan S Pen serba baru

  • OLEH Najib
  • 5:34 pm
  • 02/08/2019
  • Komen
Galaxy Tab S6 makin canggih dengan S Pen serba baru
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini melancarkan tablet berkuasa tinggi terbaru mereka, Galaxy Tab S6 dengan lebih banyak fungsi yang menjadikannya peranti pelbagai guna. Ia turut memiliki S Pen yang boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh dan dicas tanpa wayar.

Skrin tablet ini berukuran 10.5-inci, dengan resolusi WQXGA (2560×1600) dari jenis Super AMOLED. Ia dilengkapi empat pembesar suara yang ditala bunyinya oleh AKG bersama teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos. Tablet ini juga menjadi yang pertama keluaran Samsung menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.



Kuasa dalaman Galaxy Tab S6 digerakkan oleh pemproses Snapdragon 855, dengan pilihan RAM 6GB dan storan 128GB, atau RAM 8GB dan storan 256GB. Storan ini boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD sehingga 1TB.

Di bahagian pengimejan, ia menggunakan dua kamera di belakang, gabungan kamera utama 13MP F2.2 dan kamera ultra lebar 5MP F2.0 dengan bukaan 123-darjah. Ia turut boleh merakam video 4K 30fps. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 8MP F2.0.



Sebagai tablet yang baru, Galaxy Tab S6 menyokong fungsi Samsung DeX di mana ia boleh merubah tablet ini untuk memberikan pengalaman seperti laptop. Dengan memasang Book Cover Keyboard yang dijual berasingan, ia menambah papan kekunci dan trackpad serta menjadikan antaramuka lebih mesra digunakan input luaran.

Naik taraf S Pen di Tab S6 menjadikan ia sangat berguna, seperti di Galaxy Note9. Sebagai alat kawalan jauh, ia boleh digunakan untuk mengambil gambar dan video, atau memainkan video dari jarak sejauh 10 meter. S Pen ini juga memiliki jangka hayat sehingga 10 jam dengan mengecas penuh selama 10 minit secara magnetik di belakang tablet.

Baterinya pula sebesar 7,040mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C. Tetapi ia telah membuang jek audio 3.5mm, jadi pilihan untuk bunyi peribadi ialah melalui USB-C atau bluetooth.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Galaxy Tab S6 iaitu Kelabu, Biru dan Merah. Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan harga serta tarikh jualannya. Mungkin ia akan diumumkan bersama pelancaran Galaxy Note 10 minggu depan.

https://youtu.be/yilbQbIm7UU
Tags: Galaxy Tab S6samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Tab S6 makin canggih dengan S Pen serba baru

Galaxy Tab S6 makin canggih dengan S Pen serba baru

2 August 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN