• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa Yang Baru Dengan CPU Intel Generasi Ke-10?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:44 pm
  • 05/08/2019
  • Komen
Apa Yang Baru Dengan CPU Intel Generasi Ke-10?
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar tentang Intel menggunakan teknologi pemprosesan 10nm untuk CPU mereka bukanlah baru, ia sudahpun dihebahkan sejak tahun 2017. Bulan ini segalanya terjawab apabila Intel mengumumkan secara rasmi sejumlah CPU 10nm, Intel Core generasi ke-10.

Lebih baik, Intel mengumumkan yang CPU ini akan menemui anda dalam laptop-laptop terbaru sebelum 2020 menjelma.



Apa beza dengan CPU generasi sebelumnya?

Yang pertama adalah mikroseniba yang digunakan kali ini adalah Sunny Cove yang diperkasa GPU Gen11 dan sokongan RAM sehingga lPDDR4X-3733MHz. Penggunaan tatacara pemprosesan yang baru ini membolehkan Intel memateri transistor yang lebih kecil ke atas silikon yang diterjemahkan kepada keperluan tenaga yang kurang untuk operasi.

Untuk pengguna, ia diterjemahkan kepada kecekapan tenaga yang lebih tinggi serta peningkatan pada prestasi.



Setakat ini, mereka 11 CPU khas untuk kegunaan laptop. Pengguna desktop, dan server perlu menunggu pengumuman di kemudian hari. Lagi untuk pengguna seperti anda dan saya, tatacara penamaan Intel untuk CPU kali ini juga telah berubah.

Tiada lagi Intel Core siri Y dan U untuk Core i3/i5/i7 kerana semuanya disekalikan dibawah satu nama. Cara untuk mengenalpastinya adalah melihat pada TDP. CPU yang paling atas miliki TDP 28W, jadi angka 8 akan melambangkan keperluan tenaga untuknya. Jika anda jumpa angka 5, TDP-nya adalah 25W dan 0 adalah ~10W.

Kemampuan grafik juga boleh dikenal pasti melalui nombor model. G7 menunjukkan yang ia ada keupayaan grafik tertinggi dalam keluarganya.

Apa pendapat anda tentang CPU baru ini? Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: ice lakeIntelintel core i3intel core i5intel core i7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apa Yang Baru Dengan CPU Intel Generasi Ke-10?

Apa Yang Baru Dengan CPU Intel Generasi Ke-10?

5 August 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN