• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman web ini dedahkan siapa pemilik sebenar Huawei dan struktur pengurusannya

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 06/08/2019
  • Komen
Laman web ini dedahkan siapa pemilik sebenar Huawei dan struktur pengurusannya
Share on FacebookShare on Twitter

Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan perdagangan terhadap Huawei kerana menuduh mereka menjadi ejen pengintipan kerajaan China. Walaupun Huawei telah berulangkali menafikannya dan bersikap terbuka serta bersedia memberi kerjasama untuk sebarang siasatan, ia tidak diendahkan oleh AS.

Bagi menjelaskan dengan lebih terperinci kepada orang ramai siapakah sebenarnya pemilik syarikat, Huawei telah membangunkan satu laman web mikro yang menerangkan bagaimana syarikat diuruskan dan siapakah pemiliknya.



Menurut Huawei, mereka adalah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh pekerja. Huawei ditubuhkan pada tahun 1987 dengan modal sebanyak RMB21,000 (~RM12,517) yang dikumpulkan oleh CEO Huawei, Ren Zhengfei bersama 5 orang lagi pelabur lain.

Syarikat telah melaksanakan Skim Pemegangan Saham Pekerja dan sehingga 2018, syarikat memiliki sebanyak 96,768 pemegang saham pekerja. Mereka menegaskan, skim ini hanya terhad kepada pekerja dan tiada penglibatan dari agensi kerajaan atau sesiapa dari luar syarikat.



Pekerja Huawei yang masih bekerja dalam syarikat, memiliki 88.94% pegangan saham, diikuti oleh 10.05% mereka yang telah bersara atau pekerja yang telah disusun semual kedudukannya. Ren Zheng Fei dinyatakan sebagai pemengan saham syarikat secara semula jadi dengan 1.01 pegangan, tetapi pelaburannya meliputi 1.14% dari keseluruhan saham Huawei.

Pengurusan syarikat pula menurut Model Kepimpinan Kolektif, di mana syarikat tidak terikat kepada keputusan seorang individu sahaja. Seperti dalam gambar di bawah, pemegang saham pekerja diberi hak mengundi untuk memilih Wakil Suruhanjaya. Sebanyak 115 Wakil Suruhanjaya meliputi pelbagai jabatan pula akan memilih Lembaga Pengarah serta Lembaga Penyeliaan.

Lamanweb mikro ini menerangkan bahawa Lembaga Pengarah ialah badan tertinggi yang bertanggungjawab untuk strategi korporat, operasi, pengurusan dan kepuasan pelanggan. Sementara Lembaga Penyeliaan pula memantau Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan, termasuk status operasi dan kedudukan kewangan Huawei. Kedua-dua pihak akan memilih sendiri timbalan pengerusi dan pengarah eksekutif mereka.

Huawei juga menggunakan model tiga timbalan pengerusi yang akan mengambil giliran sebagai pengerusi syarikat. Menurut Huawei, ini menunjukkan model kepimpinan kolektif dan menegaskan ia dimiliki sepenuhnya oleh pekerja.

Untuk menegakkan nilai bersama dan memastikan tadbir urus korporat yang mantap, Ren Zhengfei, sebagai pengasas memiliki hak veto untuk membatalkan perkara-perkara tertentu seperti yang ditakrifkan oleh Piagam Tadbir Urus Korporat syarikat.

Penerangan sepenuhnya tentang pemilikan Huawei ini boleh dibaca di laman mikro di sini.

Sumber: SoyaCincau

Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Laman web ini dedahkan siapa pemilik sebenar Huawei dan struktur pengurusannya

Laman web ini dedahkan siapa pemilik sebenar Huawei dan struktur pengurusannya

6 August 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER