fbpx

Xiaomi Dilapor Sedang Bangunkan Telefon Yang Menuai Tenaga Matahari

Bateri adalah komponen yang paling lambat berkembang daripada sudut kemajuannya jika dibandingkan dengan SoC. Selain memperitngkat kapasiti bateri, pengeluar telefon sedaya upaya mengoptimumkan penggunaan bateri produk mereka melalui cara lain seperti penggunaan panel paparan cekap tenaga dan sebagainya.

Daripada makmal Xiaomi, ada berita tentang mereka mematenkan telefon yang dilengkapi panel solar untuk menguasakan telefon. Daripada imej yang dikongsikan, panel tersebut diintegrasikan pada bahagian belakang telefon, tempat yang biasanya kosong dan hanya ada cap jenama telefon saja.

Ia tidak menghairankan sebab kebanyakan telefon Xiaomi masa ini menggunakan kaca dan untuk jadikannya telap cahaya adalah sangat mudah.

Sejauh manakah idea ini akan direalisasikan tidaklah diketahui. Seperti yang anda ketahui, paten boleh difailkan dan disimpan tanpa perlu dikomersialkan.

Penggunaan panel solar untuk menuai tenaga daripada matahari, sungguhpun bersih, ia sangat tidak cekap kerana tuaian per keluasan panel solar adalah rendah. Misalnya, Aukey PB-P2, panel solar mudah alih miliki keluasan 1.5cm persegi hanya hasilkan 20W tenaga.

Panel solar sebesar ini hanya bekalkan 20W tenaga dalam cahaya optimum

Sumber: LetsGoDigital

BACA  Xperia 5, Versi Kompak Xperia 1 Akan Dipertontonkan Di IFA 2019