fbpx

100GB internet percuma hanya dengan tambah nilai Xpax di Celcom Life

Jika anda pengguna prabayar Xpax, sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, anda berpeluang menerima sehingga 100GB data secara percuma. Apa yang perlu dibuat ialah tambah nilai kredit melalui aplikasi Celcom Life.

Dari 30 Julai hingga 30 September 2019, Celcom memberikan sehingga 100GB data percuma jika pelanggan membuat tambah nilai kredit Xpax mereka menerusi aplikasi Celcom Life. Untuk tambah nilai pertama, pengguna akan menerima 25GB data percuma. Tambah nilai kedua pula memberikan 50GB data dan tambah nilai ketiga, akan menerima 100GB data.

Bagaimanapun, data percuma ini hanya sah digunakan dalam masa 24 jam sahaja. Selepas membuat tambah nilai, pengguna akan menerima SMS dalam masa 24 jam bahawa data percuma telah dimasukkan ke akaun pengguna. Kuota internet percuma ini boleh dipantau menerusi aplikasi Celcom Life di bahagian Detail Usage – Internet.

Seperkara lagi, internet percuma ini tidak boleh digunakan untuk berkongsi secara hotspot atau tethering kepada peranti lain. Jika kuota ini tidak habis digunakan dalam tempoh 24 jam, ia akan ditamatkan dan tidak dibawa ke depan.

Kepada pengguna Xpax, jangan lupa untuk buat tambah nilai menggunakan aplikasi Celcom Life. Tetapi rancang dengan betul, bila masa terbaik untuk tambah nilai sebab boleh guna dalam masa 24 jam sahaja.

Muat turun aplikasi Celcom Life di Apple Appstore dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Reload & get Free Internet. Baca juga Soalan Lazim di sini.

BACA  Digi WiFi kini tersedia di lebih 7,000 lokasi seluruh negara