• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Umum Exynos 9825 Untuk Perkasakan Note 10

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:09 pm
  • 07/08/2019
  • Komen
Samsung Umum Exynos 9825 Untuk Perkasakan Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya, Samsung Galaxy S dan Note daripada gnerasi yang sama akan berkongsi SoC yang sama. Tapi kali ini lain sedikit kerana Galaxy Note 10 yang bakal dilancrkan tak lama lagi tidak akan gunakan Exynos 9820 seperti yang memperkasakan Galaxy S10. Samsung hari ini mengumumkan Exynos 9825, Exynos pertama yang melalui proses 7nm EUV.

Daripada sudut spesifikasi teknikal, ia Exynos terbaru ini hampir sama dengan rawatan Qualcomm pada Snapdragon 855+, iaitu ambil Snapdragon 855 dan lakukan sedikit overclock. Ia miliki teras yang sama tapi clockspeed yang sedikit tinggi.



Tapi Samsung lakukan lebih daripada itu apabila Exynos terbaru ini dibangunkan daripada proses litografi yang lebih kecil, 7nm EUV vs 8nm LPP. Jadi, Exynos kini sudah ada calon 7nm untuk bersaing dengan Snapdragon 855.

Bercerita lebih mendalam, di bahagian teras CPU, Exynos 9825 ada 8 teras pengkomputeran dengan konfigurasi seperti berikut:



  • 2 x m4 @ 2.73 Ghz
  • 2 x Cortex A75 @ 2.4 Ghz
  • 4 x Cortex A55 @ 1.95 Ghz

Untuk GPU, ia diperkasa Mali G76MP12 seperti sebelumnya. SoC ini menyokong RAM LPDDR4x serta storan daripada jenis UFS 3.0 yang lebih pantas.

Daripada segi komunikasi, ia diintegrasikan dengan modem 4G LTE yang ada kemampuan muat turun sepantas 2Gbps melalui proses carrier aggregation. Exynos 9825 juga hadir dalam edisi 5G melalui modem 5100 hasilan mereka sendiri.

Sumber: Samsung

Tags: exynosexynos 9825samsungsamsung galaxysamsung galaxy note 10samsung galaxy note10SoC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Umum Exynos 9825 Untuk Perkasakan Note 10

Samsung Umum Exynos 9825 Untuk Perkasakan Note 10

7 August 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN