• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Galaxy Note 10

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 08/08/2019
  • Komen
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Galaxy Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Galaxy Unpacked 2019 baru saja selesai yang menyaksikan dua buah Galaxy Note diperkenalkan Samsung di New York. Ini adalah 10 perkara yang perlu anda tahu tentang Samsung Galaxy Note 10.

1. Galaxy Note dengan paparan terbesar setakat ini

Kali ini, Samsung mengumumkan dua model Note 10 iaitu versi biasa dan versi Note 10+, varian yang lebih tinggi ada paparan sebesar 6.8″, paling besar setakat ini dalam keluarga Galaxy Note.



Walaupun paparannya besar, keupayaan Samsung menghasilkan paparan melengkung di bahagian sisi telah menyumbang nisbah paparan kepada badan yang tinggi, setinggi 94.7%. Untuk perbandingan, telefon yang bahagian depannya paparan sepenuhnya tanpa notch seperti OPPO Find X pun cuma ada 93.8% nisbah paparan kepada badannya.

2. Jek audio 3.5mm telah disisihkan

Jika dulu ramai yang menghargai Galaxy Note kerana tegar menyediakan jek audio walaupun orang-orang sekitarnya mula membuang jek audio. Kini, Galaxy Note sah menyertai mereka apabila ia tidak lagi hadir dengan jek tersebut.



Setiap pembelian Galaxy Note 10 akan diberikan Galaxy Buds

Untuk memudahkan peralihan pengguna, Samsung telah membangunkan Galaxy Buds untuk ditambat secara Bluetooth dengan telefon.

3. Tiada lagi slot mikro-SD

Kes yang sama dengan jek audio. Tidaklah diketahui apakah asbab disebalik membuang terus slot mikro-SD sedangkan selama ini ia dilihat hadir tanpa menghalang apa-apa visi Samsung untuk maju kedepan. Galaxy Note 10 tiada slot mikro-SD walaupun daripada jenis hibrid.

Samsung dilihat mengambil langkah berjaga-jaga apabila varian yang paling mahalnya, Note 10+ memiliki fungsi tersebut. Adakah slot mikro-SD adalah sesuatu yang premium?

4. S Pen yang dilengkapi sensor 6 paksi

Menjadi darah daging keluarga Samsung, setiap iteras Galaxy Note pastinya membawakan S Pen yang ditambah baik. Jika pada edisi sebelumnya, Samsung meletakkan butang fizikal yang boleh digunakan untuk memberikan arahan ringkas kepada telefon, kali ini mereka memasukkan pula sensor 6 paksi kedalam stailus ikonik itu.

Ia bermakna, arahan kepada telefon boleh diberikan bukan saja dengan mengklik butang, malah dengan hayunan pun boleh.

5. Pengecasan terpantas untuk bateri terbesar.

Samsung Galaxy Note 10+ dilengkapi bateri 4,300mAh. Ia adalah kapasiti yang terbsesar setakat ini. Untuk mengisi bateri sebsar itu dengan pantas, Samsung memperlengkap telefon ini dengan sistem pengecasan yang mampu menampung sehingga 45W tenaga disalurkan kepadanya. Menurut mereka, 30 minit mengecas mampu berikan waktu penggunaan sehingga sehari lamanya.

Malangnya, sungguhpun mampu dicas pantas, blok pengecas yang mampu mengalirkan tenaga setinggi itu dijual secara berasingan sebaliknya hanya blok 25W disediakan bersama kotak.

Untuk Galaxy Note 10 biasa, ia ada kapasiti bateri 3,500mAh tapi tetap dilengkapi semua kelebihan-kelebihan yang ada pada versi yang lebih tinggi.

6. Galaxy Note 10 juga ditujukan untuk gamers

Samsung tak lagi melihat Galaxy Note 10 sebagai gajet untuk memacu produktiviti. Mereka juga mensasarkan golongan gamers. Ia tidak menghairankan kerana specs yang supertinggi ini sepatutnya tidak terhad untuk kerja-kerja pejabat sahaja, malah untuk berseronok juga.

Selain sistem penyejukkan yang ditambah baik, Samsung juga mengintegrasikan AI Game Booster untuk mengoptimumkan pengalaman gaming. Fungsi Discord juga disuntik ke dalam kerangka sistem operasi telefon untuk pengguna berkomunikasi semasa bermain. PlayGalaxy Link pula boleh digunakan pemain memainkan permainan daripada PC di paparan Galaxy Note 10 secara streaming.

7. Samsung Dex serta fungsi seakan Windows Continuum

Samsung Dex adalah suite produktiviti yang diperkenalkan kepada penggunannya yang ingin bekerja dalam ruang seakan desktop. Dengannya, golongan professional beroleh pengalaman seperti drag-dan-drop serta penggunaan papan kekunci dan tetikus fizikal untuk bekerja.

Hasil kerjasama mereka dengan Microsoft, Samsung memperkenalkan Link to Windows. Melalui ciri ini, anda boleh mengkases maklumat telefon terus daripada komputer Windows anda. Semua notifikasi yang masuk telefon akan turut dipaparkan di komputer. Anda turut boleh membalas mesej, ataupun kelak, boleh melakukan panggilan telefon tanpa menyentuh telefon.

8. Speaker Stereo yang ditambah baik

Seperti Galaxy Note 9, Note 10 juga hadir diperkasa speaker stereo talaan AKG serta dilengkapi teknologi Dolby Atmos. Jika anda perasan, jeriji speaker adalah sangat halus di bahagian dahi telefon. Ia menyumbang kepada nisbah paparan-ke-badan yang tinggi.

9. Galaxy Note pertama dengan konfigurasi kuadkamera belakang

Untuk Galaxy Note 10+, ia ada satu kamera tambahan yang digelar DepthVision. Ramai yang beranggapan ia adalah kamera ToF yang diberikan nama yang gah.

Note 10+ ada 1 kamera tambahan

Kegunaan kamera ToF adalah untuk mendapat ukuran kedalam medan dalam ruang 3D. Dalam demo pelancaran, ia boleh digunakan untuk mengimbas objek 3D dan dihantar ke pencetak untuk dicetak secara 3D.

Note 10 ada 3 kamera belakang

Selain kamera DepthVision, kedua-dua Note 10 dan Note 10+ berkongsi kamera yang sama. Mereka ada tiga buah kamera belakang serta satu kamera selfie 20MP.

10. Galaxy Note 10 Hadir Dalam 3 Warna Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM1,159

Samsung Galxy Note 10 boleh mula ditempah pada 8 Ogos 2019 pada jam 5 petang. Harganya adalah seperti berikut:

  • Galaxy Note 10 (256GB) – RM3,699
  • Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,199
  • Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,799

Anda boleh pilih daripada tiga warna berikut:

  • Aura White
  • Aura Black
  • Aura Glow

Untuk Note 10, anda akan menerima permberian bernilai RM1,058 yang terdiri daripada

  • Galaxy Buds
  • Jaminan Protection Plus
  • Pek Bateri Wayarles

Untuk Note 10+, anda akan terima pemberian bernilai RM1,159 yang terdiri daripada:

  • Naik taraf storan percuma daripada 256GB kepada 512GB
  • Jaminan Protection Plus
  • Pek Bateri Wayarles
Tags: Galaxy Note 10samsungsamsung galaxy notesamsung galaxy note 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Galaxy Note 10

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Galaxy Note 10

8 Ogos 2019
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

30 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER