• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Lancar 2 Galaxy Note 10 Sekali Gus, Apa Bezanya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:01 am
  • 08/08/2019
  • Komen
Samsung Lancar 2 Galaxy Note 10 Sekali Gus, Apa Bezanya?
Share on FacebookShare on Twitter

Generasi seterusnya Galaxy Note sudahpun selamat dilancarkan. Sebanyak dua buah model dalam keluarga Note 10 diumumkan iaitu:

  • Samsung Galaxy Note 10
  • Samsung Galaxy Note 10+

Ia adalah kali pertama Samsung lakukannya untuk keluarga Note dan ia mungkin untuk memudahkan akses pengguna terhadap produk yang telah mewujudkan kategori telefonnya yang tersendiri.



Galaxy Note 10+

Ini adalah varian terbesar dalam edisi kali ini. Ia ada paparan 6.8″ pada resolusi QHD+ 1440p. Panel Dynamic AMOLED digunakan dengan sokongan HDR10+, sama seperti yang boleh anda temui pada Galaxy S10. Samsung mengenakan paparan Infiniti-O dengan lubang di bahagian tengah untuk menempatkan kamera selfie.

Lagi berkaitan paparan, telefon ini dilengkapi pengimbas cap jari terbina dalam paparan daripada jenis ultrasonik. Selain cap jari sebagai pengenalan biomentrik, anda boleh juga gunakan pengimbas wajah untuk tujuan yang serupa.



S-Pen juga telah ditambah baik pada Galaxy Note 10. Ciri-ciri sebelumnya tetap diwarisi seperti Bluetooth Low Energy (BLE) serta butang fizikal untuk arahan seperti tangkap gambar dan tukar slaid. Tapi, ada satu ciri baru iaitu ia dilengkapi sensor 6 paksi yang boleh mengenal pasti orientasi stailus. Jadi anda boleh lakukan air gesture untuk berikan arahan kepada telefon.

Di bahagian kamera, Note 10+ ada empat kamera belakang. Konfigurasi mereka adalah seperti berikut:

  • 12MP F1.5/F2.4 OIS
  • 16MP F2.2 ultralebar
  • 12MP F2.1 OIS Telefoto
  • VGA DepthVision

Kamera keempat Note 10+ adalah digunakan untuk menentukan kedalaman medan. Untuk selfie, kamera 20MP F2.2 boleh digunakan.

Di atas papan utama, anda boleh menemui SoC Exynos 9825 yang baru saja dilancarkan Samsung semalam. Ia adalah Exynos pertama yang dibangunkan daripada litografi 7nm. Untuk RAM, ia miliki memori seluas 12GB manakala storan sama ada 256GB ataupun 512GB. Ada slot mikro-SD hibrid boleh anda gunakan untuk tujuan memperluas storan.

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 4,300mAh. Bateri itu ada teknologi pengecasan pantas 45W, pengecasan wayarles dan juga reverse wireless charge.

Galaxy Note 10

Ini adalah versi lebih kecil, dengan paparan seluas 6.3″. Ia ada paparan yang serupa dengan Note 10+, iaitu Dynamic AMOLED dengan HDR10+, tapi pada resolusi FHD+ sahaja.

Selain pada paparan, beza Note 10 dengan Note 10+ adalah pada konfigurasi kamera. Telefon ini ada semua kamera yang boleh anda temui di varian yang lebih besar, kecuali kamera DepthVision.

Bateri Galaxy Note 10 juga sedikit kecil iaitu pada 3,500mAh tapi masih dilengkapi pengecasan pantas 45W, pengecasan wayarles dan juga reverse wayarles charge.

Di Malaysia, tempatan untuk memiliki sebuah Galaxy Note 10 sudahpun dimulakan dan yang terawal menawarkannya adalah Celcom. Harga rasmi sebuah Galaxy Note 10 adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy Note 10 (256GB) – RM3,699
  • Samsung Galaxy Note 10+ (256GB) – RM4,199
  • Samsung Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,799
Tags: Galaxy Note 10galaxy note 10 plussamsungsamsung galaxysamsung galaxy note 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Lancar 2 Galaxy Note 10 Sekali Gus, Apa Bezanya?

Samsung Lancar 2 Galaxy Note 10 Sekali Gus, Apa Bezanya?

8 August 2019
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN