• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi akan pasang kamera 64MP dan 108MP di telefon pintar tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 3:39 pm
  • 08/08/2019
  • Komen
Xiaomi akan pasang kamera 64MP dan 108MP di telefon pintar tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak cuba kamera 48MP di telefon pintar? Bagus tak? Tak lama lagi, kamera 64MP akan mula diperkenalkan di telefon pintar. Tetapi Xiaomi dalam media sosial mereka, mengumumkan akan menggunakan sensor 108MP pada telefon Xiaomi akan datang.

Sebenarnya, dalam persidangan Xiaomi Images of The Future semalam, Xiaomi dan Samsung Electronics mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan kamera 64MP di telefon pintar. Resolusi 64MP ini dicapai menerusi kiraan 9,248 x 6,936 piksel. Ia 34% lebih besar dari resolusi 48MP.



Malah, kamera 64MP ini menggunakan saiz sensor yang lebih bsar dari sebelumnya, iaitu 1/1.7-inci. Dengan saiz sensor yang lebih besar, ia boleh menangkap lebih banyak cahaya sekaligus menjadikan hasil tangkapan gambar yang lebih cerah walaupun dalam suasana malap.

Secara fizikal pula, resolusi 64MP boleh mencetak di atas kertas sebesar 244cm x 326cm, atau 2.44m x 3.26m. Selain itu, kamera 64MP ini turut dilengkapi tekologi pixel-binning, menggabungkan 4 piksel kepada satu piksel besar 1.6-mikron. Satu lagi cara untuk menjadikan gambar lebih cerah.



Dalam slaid terakhirnya, Xiaomi mengumumkan akan melancarkan kamera ultra-clear 100MP, atau lebih tepat lagi 108MP melalui kiraan 12,032 x 9,024 piksel. Tidak ada maklumat berkenaan bila atau model apa akan menggunakannya, tetapi Xiaomi menyatakan ia akan datang.

Adakah ini bermakna pengeluar kembali dalam perlumbaan resolusi untuk kamera di telefon pintar?

Sumber: Xiaomi

Tags: 108MP64MPxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi akan pasang kamera 64MP dan 108MP di telefon pintar tidak lama lagi

Xiaomi akan pasang kamera 64MP dan 108MP di telefon pintar tidak lama lagi

8 August 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN