fbpx

Tun Mahathir Mahu Ulang Formula Proton Dengan Projek Kereta Nasional Baru?

Sebelum tahun Mac 2021, Malaysia akan menyaksikan satu model kereta baru hasil daripada Projek Kereta Nasional Baru. Selepas perginya Proton ke pegangan luar, mungkin Tun Mahathir rasakan Perodua tidak seharusnya ditinggalkan keseorangan memacu pertumbuhan industri automotif negara.

Syarikat yang bakal menjadi tunjang kepada Projek Kereta Nasional Baru ini adalah DreamEDGE Sdn. Bhd. Ia adalah syarikat kejuruteraan yang ditubuhkan dalam tahun 2007 dan ia ada katian dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diilhamkan Tun Mahathir beberapa dekad yang lalu.

Berikut adalah garis masa yang telah ditetapkan untuk pembangunan kereta itu:

  • Akhir Ogos 2019 – penghasilan model mock-up kereta
  • Tengah September 2019 – pengambilan tenaga kerja tambahan untuk pembangunan kereta nasional ketiga
  • Mac 2020 – prototaip pertama dihasilkan
  • Mac 2021 – pelancaran model pertama kereta nasional ketiga

Dalam sidang media pengumuman itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia mengumumkan yang Projek Kereta Nasional Baru ini adalah 100% danaan swasta yang menimbulkan tanda tanya. Hal ini kerana, jika kerajaan tidak terlibat secara langsung dengan projek ini, mengapa ia dipanggil Kereta Nasional?

Apabila ditanya jenis kereta yang bakal dihasilkan syarikat ini, DreamEDGE menyasarkan untuk menghasilkan produk dalam segmen C. Tapi jika dilihat garis masa yang diterapkan pengeluar itu, nampaknya garis masa itu sangat ketat.

Untuk perbandingan Proton mengambil masa 4 tahun dengan dana sekitar RM560 juta untuk menghasilkannya.

Adakah anda yakin dengan projek ini? Tonton sidang media penuh pengumumkan Projek Kerata Nasional Baru di sini.

BACA  Black Shark 2 Pro Diumumkan, Gunakan SoC Yang Sama Seperti ROG Phone 2