• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hongmeng kini diperkenalkan secara rasmi dengan nama baru – Harmony OS

  • OLEH Najib
  • 7:24 pm
  • 09/08/2019
  • Komen
Hongmeng kini diperkenalkan secara rasmi dengan nama baru – Harmony OS
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama digembar-gembur namanya, Huawei hari ini memperkenalkan seara rasmi HongMeng OS dengan naman barunya, Harmony OS. Ia dipersembahkan di Persidangan Pembangun Huawei (Huawei Developer Conference), oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pengguna Perniagaan, Richard Yu.

Harmony OS dibangunkan untuk digunakan di produk IoT, seperti paparan pintar, peranti boleh pakai, pembesar suara dan peranti di dalam kenderaaan. Bukan disasarkan untuk penggunaan di telefon pintar. Tetapi Yu menyatakan, Harmony OS sedia pada bila-bila masa untuk digunakan sebagai pengganti Android bila diperlukan. Sementara itu, Huawei akan terus menggunakan Android sebagai sistem operasi utama di telefon pintar.



Secara teknikal, Harmony OS dibina berasaskan arkitektur mikrokernel, yang boleh digunakan di pelbagai keadaan. Ia menggunakan platform sumber terbuka (open source) dan lebih mirip kepada OS Google Fuchsia. Berbeza dengan Android yang kurang efisyen kerana kod yang bertindih, mekanisma penjadualan yang lama dan isu penggunaan yang berbeza di peranti berlainan.

Sumber: Engadget

Dengan rekaan mikrokernel, Harmony OS dikataan lebih selamat kerana ketiadaaan akses root. Mikrokernel ini dilindungi oleh perkhidmatan kernel luaran. Sistem ini juga menggunakan menggunakan pengesahan rasmi, sebuah set kiraan matematik yang digunakan di dalam bidang keselamatan kritikal, untuk mengesan kelemahan dengan lebih berkesan.



Walaupun sistem Harmony OS lebih ringan, ia dikatakan menawarkan sedikit peningkatan prestasi. Antaranya, ia memperuntukkan sumber sistem yang menggunakan analisa dan ramalan masa nyata yang lebih baik. Android pula, masih menggunakan mekanisma penjadualan kernel Linux yang kurang pintar.

Huawei mendakwa, Harmony OS memiliki prestasi komunikasi antara proses yang lima kali lebih pantas dari Google Fuchsia dan tiga kali lebih pantas dari QNX.

Sumber: Engadget

Menurut Yu, Harmony OS telah dibangunkan sejak tahun 2017. Versi awal yang diperkenalkan Huawei ini akan mensasarkan produk paparan pintar seperti Huawei Vision yang akan dilancarkan hujung tahun ini. OS ini masih menggunakan kernel Linux dan kernel Huawei Lite OS. Versi 2.0 akan tiba tahun depan, menampikan hanya kernel Harmony OS, menjadikannya Harmony OS yang sebenar. Ia juga akan menyokong grafik berprestasi tinggi, di mana ia boleh menguasakan produk seperti komputer boleh pakai, di dalam kenderaan, pembesar suara dan kaca mata VR.

Sudah pasti, slaid persembahan akan menceritakan semua perkara yang baik dan bagus sahaja tentang produk tersebut. Walaupun terdapat eksekutif Huawei yang mengatakan Harmony OS sedia digunakan bila-bila masa, masalah lebih besar ialah kesediaan pembangun untuk menyokong ekosistem Harmony OS. Tiada aplikasi yang boleh digunakan bermakna OS tersebut tidak berguna. Bagaimanapun, pembangun boleh mengalihkan aplikasi Android mereka ke Harmony OS menggunakan Huawei ARK Compiler.

Persoalannya sekarang, adakah Trump akan menghentikan larangan perdagangan terhadap Huawei di Amerika Syarikat? Ia akan menentukan masa depan Huawei dan produk keluarannya, serta banyak mempengaruhi corak penggunaan peranti pengguna di masa depan. Masih dengan telefon pintar Huawei, atau tidak.

Sumber: Engadget

Tags: Harmony OSHongmeng OSHuawei
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Hongmeng kini diperkenalkan secara rasmi dengan nama baru – Harmony OS

Hongmeng kini diperkenalkan secara rasmi dengan nama baru – Harmony OS

9 August 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN