Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pilihan baru Realme C2 dengan storan lebih besar pada harga kekal rendah

Salah satu telefon bajet di bawah RM500 yang boleh didapati di Malaysia ialah Realme C2. Ia ditawarkan dalam variasi RAM 2GB bersama storan 16GB, dan RAM 3GB bersama storan 32GB. Hari ini, Realme Malaysia mengumumkan ketibaan satu lagi variasi, RAM 2GB dan storan 32GB.

Realme C2 merupakan salah satu produk yang popular. Ia dijual dari serendah RM349 dengan RAM 2GB dan storan 16GB. Untuk variasi terbaru ini, Realme menawarkannya pada harga RM399 bersama RAM 2GB dan storan lebih besar 32GB.

Variasi baru Realme C2 ini akan dijual bermula 14 Ogos 2019 dan hanya boleh dibeli di Stor Rasmi Realme di Lazada.

Realme Malaysia juga menawarkan variasi sedia ada dengan harga lebih menarik dan hadiah percuma. Realme C2 dengan RAM 2GB dan storan 16GB dijual pada harga RM349 dengan hadiah percuma kad mikroSD. Manakala Realme C2 RAM 3GB dan storan 32GB pula berharga RM449.

Realme C2 menawarkan skrin 6.1-inci HD+ bertakuk kecil, dengan bateri mega 4,000mAh. Ia dikuasakan pemproses Helio P22, dengan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP dan kamera depan 5MP.

BACA  Realme lancar telefon baru lebih murah berharga di bawah RM450