fbpx

Tempahan Galaxy Note 10+ 512GB di Yes 4G hanya RM3799

Yes 4G turut tidak ketinggalan menawarkan Galaxy Note 10 bersama pelan pascabayar mereka. Tetapi berbeza dari yang lain, hanya satu model disediakan iaitu Galaxy Note 10+ 512GB. Ia digabungkan bersama hanya satu pelan pascabayar yang memberikan data dan panggilan tanpa had.

Galaxy Note 10+ 512GB secara rasminya dijual di Malaysia pada harga RM4,799. Tetapi dengan kontrak selama 24-bulan, Yes 4G menawarkannya pada harga RM3,799 sahaja. Tawaran ini perlu diambil bersama pelan pascabayar Yes Konfem Unlimited 99 yang dicaj RM99/bulan.

Semasa mendaftar kontrak, pembeli perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM200, yang akan direbat semula ke dalam bil bulanan. Pelan Yes Konfem Unlimited 99 memberikan data tanpa had, panggilan tanpa had ke semua talian, serta SMS tanpa had sesama talian Yes 4G. Tetapi selepas tamat 24-bulan, tiada lagi panggilan tanpa had sebaliknya pengguna akan menerima 300 minit percuma setiap bulan dan dicaj 9sen/minit selepas itu.

Tempahan awal Galaxy Note 10+ 512GB di Yes 4G dari 8 hingga 18 Ogos 2019, turut akan menerima hadiah percuma berupa wireless powerbank dan pakej Protection Plus, yang memberikan jaminan tahun ke-2 serta satu kali perlindungan skrin. Selagi stok masih ada.

Pengguna yang membuat tempahan awal ini akan menerima Galaxy Note 10+ ini seawal 22 Ogos 2019. Jika anda berminat dengan tawaran Yes 4G ini, boleh dapatkannya menerusi Stor Online Yes 4G.

BACA  Ada Satu Ciri Penting Galaxy Note 10 | Note 10+ Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang