• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Set rasmi ROG Phone 2 akan tiba di Malaysia dengan storan sehingga 1TB

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 13/08/2019
  • Komen
Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat peramainan video di telefon pintar, sudah pasti anda pernah mendengar tentang telefon pintar ASUS ROG Phone 2. Di China, populariti telefon ini boleh dilihat apabila 10,000 unit telah habis terjual dalam masa 73 saat sahaja.

Walaupun telah ada set import dijual di Malaysia, set rasmi telefon ini nampaknya akan tiba tidak lama lagi. Salah satu pengedar rasmi telefon pintar ASUS di Malaysia, DirectD telah mengumumkan kedatangan ROG Phone 2 dan kini telah membuka tempahan awal kepada yang berminat.



Walaupun tempahan awal dibuka, DirectD masih belum menyatakan harganya. Bagaimanapun, mereka memberitahu terdapat dua variasi akan dijual. Ia memiliki RAM yang sama, 12GB tetapi storan berbeza iaitu 512GB dan 1TB. Harganya masih belum disahkan tetapi sekitar RM3,xxx untuk 512GB dan RM4,xxx bagi 1TB.

Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di laman web DirectD dengan membayar deposit RM300. Baki bayaran boleh dibuat apabila mengambil telefon tersebut.



Untuk perbandingan, variasi terendah ROG Phone 2 dengan RAM 8GB dan storan 128GB telah dijual di China pada harga RMB3,499 (~RM2,073) sahaja. Harga ini sememangnya sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan tetapi ia mungkin telah banyak disubsidi oleh Tencent, yang bekerjasama menghasilkan edisi Tencent untuk ROG Phone 2.

ROG Phone 2 sememangnya sebuah telefon pintar gaming yang sangat hebat. Ia memiliki skrin AMOLED dengna kadar segar semula 120Hz, diapit oleh dua speaker stereo yang menembak bunyi terus ke muka pengguna. Di dalam, ia memiliki kuasa pemproses terbaik, Snadpragon 855+ bersama RAM dari jenis LPDDR4X dan storan UFS3.0 yang sangat pantas.

Selain sistem penyejukan yang canggih, ROG Phone 2 memiliki bateri yang sangat besar, 6,000mAh dengan sokongan pengecas pantas 30W melalui USB-C. Lebih baik lagi, ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm ketika trend pengeluar telah menghapuskannya di telefon pintar terbaru.

Jika anda mahu memilikinya sekarang, set import ROG Pohone 2 telahpun dijual di Malaysia pada harga di bawah RM3,000.

Tags: asusasus rog phone 2
Najib

Najib

POPULAR

Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama

Set rasmi ROG Phone 2 akan tiba di Malaysia dengan storan sehingga 1TB

13 August 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER