fbpx

Samsung Perkenal Sensor Kamera 108MP, Tertinggi Setakat Ini Untuk Telefon

Samsung telah mengumumkan sensor kamera untuk peranti mudah alih yang miliki bilangan piksel 108MP dan ia adalah yang tertinggi setakat ini dalam pasaran. Sensor dengan nama model Samsung S5KHMX itu dijangka berikan kulaiti gambar supertajam dengan bantuan teknologi ISOCELL Plus.

S5KHMX memampatkan semua piksel tu diatas sensor sebesar 1/1.33″ dengan saiz piksel sebesar 0.8 mikron. Tidak seperti sensor GM1 yang menggunakan helah pembelahan piksel untuk hasilkan imej 48MP, S5KHMX didapati tidak menggunakan helah yang serupa. Untuk perbandingan, sensor imej Sony IMX586 yang mengandungi bilangan piksel 48MP hadir di atas papan sebesar 1/2″.

Untuk tingkatkan keversatilan sensor ini dalam apa jua keadaan cahaya, teknologi Tetracell digunakan ketika pencahayaan terhad. Daripada 100MP, 4 piksel akan bergabung jadi 1 untuk jadikan saiz piksel 1.6 mikron. Ia dikatakan mampu hasilkan gambar yang cerah walaupun dalam keadaan malap.

Sesetengah sensor gunakan helah untuk capai bilangan megapiksel yang tinggi

TIdaklah diketahui telefon mana yang akan jadi yang pertama diperkasa sensor pengimejan ini. Tapi yang pasti Xiaomi akan jadi antara yang pertama dan dipercayai akan muncul di Mi Mix 4.

Dalam hal yang berkaitan, saya turut menemui sensor model baru, satu generasi lebih bari berbanding Samsung GM1. Samsung GM2 sedikit lebih besar berbanding sebelumnya dan kini ia diperkasa Super-PD berbanding pengesanan fasa biasa untuk sistem autofokus.

Sumber: Samsung

BACA  Kedudukan pertama kamera terbaik DxOMark ada penyandang terbaru