fbpx

Banyak berjalan, lebih sihat dan tinggi peluang memenangi Huawei P30 Pro dan banyak hadiah lain

Lebih banyak berjalan boleh menjadikan badan lebih sihat. Kita juga digalakkan untuk berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari untuk menjaga kesihatan diri. Di bulan Ogos ini, Huawei Malaysia menawarkan ganjaran untuk pengguna Huawei yang banyak berjalan dan merekodkannya di telefon pintar Huawei mereka.

Huawei kini mengadakan acara Huawei Steps Challenge August 2019, di mana Huawei menawarkan hadiah berupa telefon pintar Huawei P30 Pro serta baucer dalam talian bernilai sehingga RM550 hanya dengan berjalan dan merekodkan jumlah langkah tersebut menggunakan aplikasi Huawei Health. Lebih banyak berjalan, lebih tinggi peluang untuk menang hadiah.

Aplikasi Huawei Health

Penyertaan acara ini terbuka kepada pengguna peranti Huawei sahaja. Untuk menyertai, pengguna hanya perlu mengaktifkan aplikasi Huawei Health di dalam telefon pintar, dan mula merekodkan langkah setiap hari. Rekod langkah ini dikira bermula dari 1 Ogos 2019.

Terdapat beberapa hadiah yang disediakan dalam acara ini. Untuk 1,000 orang pertama yang merekodkan 100,000 langkah di bulan Ogos, kemudian dikongsikan rekod tersebut beserta pengalaman mereka Facebook Huawei Mobile, akan menerima baucer online Huawei Watch GT bernilai RM150.

Huawei Health Pouch

Seterusnya, untuk pengguna yang telah mencapai 200,000 langkah pula, akan menerima baucer online Huawei Health Pouch bernilai RM400. Huawei Health Pouch ialah pek 3-dalam-1 yang mengandungi jam pintar Huawei Watch GT, fon telinga Huawei Freelace dan penimbang berat Huawei Body Scale. Kesemua baucer online ini hanya boleh digunakan di Stor Online Huawei sahaja.

Hadiah utama iaitu telefon pintar Huawei P30 Pro boleh dimenangi melalui acara “Comment Post Challenge“. Hanya kongsikan rekod kiraan langkah bersama pengalaman menggunakan aplikasi Huawei Health di status acara Huawei Steps Challenge di Facebook Huawei Mobile.

BACA  Nova 5T dengan 5 kamera AI dilancar di Malaysia dan peringkat antarabangsa
Facebook Huawei Mobile

Lebih banyak perkongsian dibuat, lebih tinggi peluang untuk menang. Selain P30 Pro, Huawei juga menyediakan hadiah lain berupa Huawei Watch GT, Huawei Band 3 dan juga Huawei Body Scales untuk pengguna bertuah yang berkongsi pengalaman mereka.

Apa tunggu lagi, segera rekodkan langkah anda dengan Huawei Health dan kongsikannya di Facebook Huawei Mobile. Maklumat lanjut boleh dirujuk di bahagian soalan lazim, serta di syarat dan terma pertandingan.