fbpx

5 Sebab Kenapa Samsung Galaxy Note 10 Sangat Cocok Dengan Power User

Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia

Dalam hal telefon pintar, golongan “power user” boleh ditakrifkan sebagai golongan yang mengkehendakkan produk yang terbaik daripada segenap pelosok tanpa kompromi baik daripada segi prestasi mahupun kualiti binaan. Mereka di Samsung masak benar dengan golongan ini dan sebab itu, saban tahun mereka hadir dengan produk yang mengutamakan golongan ini. Untuk 2019, Galaxy Note 10 akan menggalan tanggung jawab untuk memenuhi keperluan power user.

Ini adalah 5 sebab mengapa seunit Galaxy Note 10 perlu berada dalam poket power user.

1. Bateri

Power user biasanya adalah orang yang memerah setiap titis prestasi yang mampu diperoleh daripada telefon yang digunakan mereka. Maka, bateri adalah satu ciri yang sangat penting kerana sudah tentu anda tak mahu hari anda direncatkan dek telefon yang kehabisan bateri.

Sebab itulah Galaxy Note10+ yang baru dilengkapi dengan bateri gergasi 4,300mAh. Ada dua cara boleh digunakan untuk mengisi semula tenaga, sama ada menggunakan kabel ataupun secara wayarles. Digandingkan pula dengan pemproses yang dibangunkan daripada litografi 7nm, anda boleh jangkakan hayat bateri yang panjang pada Note 10+.

2. Wireless PowerShare

Miliki bateri gergasi tidak bermakna semuanya disalurkan untuk penggunaan anda semata-mata. Samsung telah menyuntik fungsi Wireless PowerShare sejak Galaxy S10 lagi. Kegunaan fungsi ini adalah, bahagian belakang telefon boleh digunakan sebagai pad pengecas wayarles untuk mengecas peranti lain yang menyokongnya.

Ia amat sesuai untuk digunakan mengecas Samsung Galaxy Buds yang anda terima secara percuma bila anda beli seunit Galaxy Note 10. Selain Galaxy Buds, jam tangan Galaxy Watch yang menyokong fungsi pengecasan wayarles juga boleh terima manfaat Wireless PowerShare.

BACA  Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+

3. Prestasi

Hayat bateri yang cukup panjang pastinya jadi sia-sia jika sebahagian besar masanya tersangkut di load screen, lag, dan sebagainya. Oleh sebab itu, cip pemproses yang digunakan pada telefon perlu memenuhi kehendak power user. Di atas papan utama Galaxy Note 10 terpateri cip Exynos 9825 yang dibangunkan teknologi 7nm. Ia bergandingan dengan RAM sehingga 12GBB pada Note 10+.

Cip ini adalah yang paling berkuasa pernah Samsung hasilkan setakat ini. Jadi anda dijanjikan dengan prestasi mantap tanpa kompromi agar pengalaman anda tak terjejas dengan masalah telefon tersangkut-sangkut.

4. Storan

Anda selalu ambil gambar dan video? Perlukan ruang penyimpanan yang luas dalam telefon? Samsung Galaxy Note 10 miliki storan sekurang-kurangnya 256GB yang sepatutnya boleh menampung segala keperluan penyimpanan anda. Bukan itu saja, jenis storan UFS 3.0 yang digunakan pada telefon ini adalah antara yang terpantas dalam pasaran setakat ini.

Sekiranya anda pelrukan storan yang lebih luas, Glaaxy Note 10+ sediakan ruang dua kali ganda lebih luas. Pada 512GB, tak tahulah berapa lamakah masa yang anda perlu ambil untuk penuhi ruang itu.

5. Super Fast Charging

Bateri besar bermakna anda perlukan pengecas sama hebat untuk mengisinya. Sudah tentu anda tak boleh bergantung pada blok pengecas 10W yang diberikan percuma kebanyakkan pengeluar telefon lain pada produk mereka. Samsung Galaxy Note 10+ menyokong sistem pengecasan pantas setinggi 45W.

Sepantas manakah pengecas ini mampu mengisi? Mengecas Note 10+ selama 30 minit menggunakan teknologi Super Fast Charging ini, anda beroleh waktu penggunaan selama satu hari!

Bukan itu saja

Sungguhpun anda sudah dihidangkan dengan 5 sebab mengapa Galaxy Note 10 adalah yang terbaik untuk power user, sebenarnya ia lebih banyak daripada itu. Contohnya, S Pen yang menjadi ikon pada Galaxy Note sudah ditambah baik kerana kini dilengkapi sensor 6 paksi untuk menyokong arahan menggunakan stailus dengan hanya menghayunkannya.

BACA  Samsung bersedia dengan teknologi baru skrin boleh lipat yang lebih baik

Note 10 juga miliki paparan Infinity-O yang menawan sebesar sama ada 6.3” ataupun 6.8” yang meliputi lebih 94% bahagian muka telefon. Galaxy Note 10 dan 10+ adalah telefon yang mengagumkan dan boleh ditempah sekarang di laman rasmi Samsung Malaysia.

Jangan buang masa dengan telefon lain, bergegaslah untuk miliki Samsung Galaxy Note 10. Dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini di: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note10/

Advertisement