fbpx

Telefon Boleh Lipat Mate X Yang Ditambah Baik Terima Pensijilan Autoriti China

Seperti yang dilaporkan minggu sudah, Huawei telahpun umumkan untuk tangguhkan pelancaran peranti boleh lipat Mate X mereka selewat-lewatnya penghabisan tahun ini. Ia berkemungkinan besar dilakukan untuk memastikan produk mereka tidak menerima nasib yang sama seperti Samsung Galaxy Fold tempoh hari.

Untuk tambahkan keyakinan anda tentang pelancaran itu, Mate X versi yang ditambah baik ini sudahpun lulus dan ada dalam pengkalan data TENAA, pihak berautoriti seperti SIRIM di China. Daripada maklumat yang diperoleh, biarpun tidak banyak perubahan secara kasarnya, Huawei memaklumkan bahawa mereka banyak menambah baik pada komponen boleh gerak khususnya engsel.

Selain itu, Mate X juga kini menggunakan konfigurasi kuadkamera belakang serta dilengkapi modem Balong 5000 untuk menyokong rangkaian 5G. Bateri yang menguasakan telefon ini telah diperkecil kepada 4,400mAh.

Menjelang hujung tahun ini, Samsung dan Huawei dilihat berlumba-lumba untuk melancarkan peranti boleh lipat mereka untuk pasaran komersial. Sungguhpun kedua-duanya dilancarkan awal tahun ini, kekangan teknikal yang menyebabkan kedua-dua produk ini tak sesuai untuk pengguna kebanyakkan telah memaksa mereka menangguhkan pelancarannya.

BACA  Jalani Kehidupan Serba Pintar Dengan Produk Smart Life Huawei