fbpx

SKMM keluar RM3.83 juta saman kepada 9 syarikat telekomunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan sebanyak 107 kompaun bernilai RM3.83 juta terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi sehingga 31 Julai 2019, atas pelbagai kesalahan seperti ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Pendaftaran Pengguna Akhir Prabayar, Kod Amalan Am Pengguna dan Standard-Standard Mandatori.

Jumlah ini 20.4% lebih tinggi daripada jumlah kompaun yang dikenakan pada seluruh tahun 2018, iaitu RM3.18 juta.

Untuk tempoh suku pertama sehingga 31 Mac 2019, sebanyak 63 kompaun bernilai RM2.32 juta telah dikeluarkan. Manakala dari 1 April hingga 31 Julai 2019 pula, SKMM telah mengeluarkan sebanyak 44 kompaun bernilai RM1.51 juta.

Pecahan 44 kompaun yang dikenakan kepada syarikat telekomunikasi adalah seperti berikut:

  • YTL Communications – 15 kompaun bernilai RM750,000
  • Symphonet – 15 kompaun bernilai RM150,000
  • Maxis Broadband – 6 kompaun bernilai RM250,000
  • Digi Telecommunications – 2 kompaun bernilai RM200,000
  • Enabling Asia Tech – 2 kompaun bernilai RM200,000
  • Celcom Axiata – 1 kompaun bernilai RM160,000
  • Tune Talk – 1 kompaun bernilai RM160,000
  • Telekom Malaysia – 1 kompaun bernilai RM160,000
  • U Mobile – 1 kompaun bernilai RM160,000

SKMM menyatakan, mereka akan terus bertegas dalam menangani isu-isu yang membabitkan kepentingan pengguna. SKMM akan terus memantau untuk memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan perkhidmatan yang bermutu, selain melindungi dan memantapkan hak pengguna.

Di samping itu, SKMM juga mengingatkan syarikat telekomunikasi agar sentiasa mematuhi syarat lesen, Kod Amalan Am Pengguna dan instrumen perundangan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 demi kepentingan bersama.

BACA  Siri baru telefon Oppo 2019 akan menggunakan nama Reno, Find dan A