• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 5T akan membuat kemunculan sulung di Kuala Lumpur

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 20/08/2019
  • Komen
Nova 5 akan datang ke Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Nova 5T merupakan sebuah telefon pintar yang masih belum dilancarkan, tetapi telah tersebar maklumatnya seperti dari laman web Android.com oleh Google sendiri. Ia dikhabarkan merupakan salinan kepada Honor 20, ditukar kepada jenama Huawei Nova. Menariknya, Malaysia mungkin akan menjadi lokasi pertama ia dipertontonkan kepada orang ramai.

Huawei Malaysia telah mengeluarkan jemputan kepada media ke satu acara pada hari Ahad ini, 25 Ogos 2019. Ia adalah acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di mana Huawei sering menjadi penajanya sebelum ini.



Dalam jemputan tersebut, Huawei turut menyatakan penampilan istimewa sebuah telefon pintar yang tidak pernah dilihat sebelum ini, iaitu Huawei Nova 5T. Memandangkan ia masih lagi belum dilancarkan di mana-mana, ini mungkin penampilan pertama Nova 5T kepada dunia.

Walaupun Google menyenaraikan Nova 5T dengan skrin sebesar 5.5-ini, ia telah dinafikan oleh Roland Quandt, seorang pembocor berita yang sering memberi maklumat sebelum peranti tersebut dilancarkan.



  • Honor 20
  • Honor 20

Menurut Roland, salah satu pengedar di Thailand telah menyenaraikan Nova 5T dengan kuasa Kirin 980, OS Android 9 + EMUI 9, skrin 6.26-inci, RAM 8GB, storan 128GB, empat kamera belakang 48MP+16MP+2MP+2MP, kamera depan AI 32MP dan bateri 3,750mAh. Ini semuanya adalah spesifikasi yang sama dengan Honor 20 kerana Nova 5T merupakan klon Honor 20 yang menggunakan jenama Huawei.

Di Malaysia, Honor 20 telah dijual pada harga RM1,699 dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Selain persoalan tentang harga, adakah Huawei akan turut membawa siri Nova 5 yang lain ke Malaysia?

Tags: Huaweihuawei nova 5t
Najib

Najib

POPULAR

Nova 5 akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

Huawei Nova 5T akan membuat kemunculan sulung di Kuala Lumpur

20 August 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN