fbpx

Google dedah kewujudan Huawei Nova 5T

Nama Honor 20 Pro pernah muncul di laman web Android.com dua bulan lepas. Ketika itu, ia disenaraikan bersama satu lagi nama lain, iaitu Nova 5T. Perkara ini bukanlah menghairankan kerana Huawei dan Honor sering berkongsi teknologi apatah lagi rekaan telefon yang kadang kala, tiada perbezaan perkakas.

Cuma, ia masih belum dilancarkan oleh Huawei sehingga kini. Tetapi Google dilihat telah membocorkan maklumat tentang peranti yang masih belum berada di pasaran ini.

Nama Nova 5T telah timbul di laman web Android.com sebagai peranti yang baru. Ia disenaraikan di bawah peranti untuk perniagaan (Android Enterprise Solutions Directory). Spesifikasi teknikal yang tercatat di laman tersebut adalah seperti skrin 5.5-inci, RAM 8GB, storan 128GB dan 256GB, OS Android 9 serta menyokong NFC, pengimbas capjari dan fungsi telefon.

Bagaimanapun, ianya kelihatan kurang tepat memandangkan era telefon dengan skrin di bawah 6.0-inci telah hampir pupus dan sukar menemui telefon kelas pertengahan premium dengan skrin sekecil itu. Apatah lagi, siri Nova 5 yang telah dilancarkan sebelum ini, memiliki saiz skrin 6.4-inci.

Pembocor berita bersiri, Roland Quandt mempertikai maklumat di Google apabila menyatakan Nova 5T sebenarnya adalah Honor 20 yang ditukar jenama sahaja.

Beliau menyebut, salah satu pengedar di Thailand telah menyenaraikan Nova 5T dengan kuasa Kirin 980, OS Android 9 + EMUI 9, skrin 6.26-inci, RAM 8GB, storan 128GB, empat kamera belakang 48MP+16MP+2MP+2MP, kamera depan AI 32MP dan bateri 3,750mAh. Ini semuanya adalah spesifikasi yang sama dengan Honor 20.

BACA  Huawei Watch GT 2: Jam Tangan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu
4 kamera belakang di Honor 20

Sehingga kini, Nova 5T masih belum dilancarkan dan dijual di mana-mana tempat lagi. Ia mungkin akan dijual di pasaran di mana Honor 20 tidak terdapat di sana. Di Malaysia, Honor 20 telah dijual pada harga RM1,699 dan memiliki RAM 6GB bersama sotran 128GB. Manakala Honor 20 Pro pula berharga RM2,299 bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Siri Honor 5 yang telah dilancarkan di China, akan dijual di Malaysia tidak lama lagi tetapi tarikh sebenarnya masih belum diketahui. Kenali keluarga Nova 5 dengan lebih lanjut di sini.