fbpx

Mi 9T Pro rasmi di Eropah dengan kuasa Snapdragon 855

Mi 9T merupakan telefon yang diminati ramai di Malaysia. Hari ini, versi yang lebih berkuasa, Mi 9T Pro telah dilancarkan. Sepanyol dan Jerman menjadi negara pertama menerima Mi 9T Pro ini.

Tidak banyak perbezaan antara Mi 9T dan Mi 9T Pro, melainkan pada kuasa pemprosesnya. Berbanding Snapdragon 730 di Mi 9T, pemproses Snapdragon 855 digunakan pada Mi 9T Pro. Ini meletakkannya sebagai peranti kelas flagship, setanding dengan Mi 9 sendiri.

Mi 9T Pro ditawarkan dengan RAM 6GB, serta storan antara 64GB dan 128GB. Di Eropah, ia dijual pada harga:

  • Mi 9T Pro 64GB – EUR399 (~RM1,848)
  • Mi 9T Pro 128GB – EUR449 (~RM2,080)

Seperti biasa, harga telefon di Eropah jauh lebih mahal dari Malaysia kerana cukai yang lebih tinggi. Untuk mengganggar harganya di Malaysia, kita boleh membandingkannya dengan harga Mi 9T di Eropah.

Eropah

  • Mi 9T 64GB – EUR329 (~RM1,524)
  • Mi 9T 128GB – EUR369 (~RM1,709)

Malaysia

  • Mi 9T 64GB – RM1,199
  • Mi 9T 128GB – RM1,399

Kita boleh melihat, perbezaan harga antara tukaran wang asing Euro ke Ringgit Malaysia dengan harga rasmi di Malaysia, perbezaannya sekitar RM300. Jadi anggaran kami untuk Mi 9T Pro di Malaysia kelak ialah:

  • Mi 9T Pro 64GB – RM1,549
  • Mi 9T Pro 128GB – ~RM1,799

Ini ialah anggaran berdasarkan perbezaan harga antara model yang sama. Harga rasmi di malaysia kelak mungkin akan berbeza, bergantung kepada budi bicara Xiaomi Malaysia.

BACA  Mi 9T Pro dijual RM100 lebih murah untuk masa terhad dan penghantaran lebih lama
Mi 9T

Mi 9T Pro memilki skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+ tanpa takuk dan lubang. Pengimbas capjari di dalam skrin digunakan pada skrin AMOLED ini.

Kamera hadapannya tersimpan di dalam modul pop-up boleh sembunyi. Ia menggunakan sensor 20MP. Manakala kamera belakang memggabungkan tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 13MP 117-darjah dan kamera telefoto 8MP 2x zum optikal.

Mi 9T

Bateri sebesar 4,000mAh terdapat di dalam Mi 9T Pro dan ia menyokong pengecasan pantas 27W melalui USB-C. Tetapi ia datang dengan pengecas 18W di dalam kotak. Telefon ini juga masih ada jek audio 3.5mm.

Sumber: Xiaomi Sepanyol