• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandu kereta SOCAR dengan diskaun 31% sempena Bulan Kemerdekaan

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 20/08/2019
  • Komen
Pandu kereta SOCAR secara percuma ke Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

Platform menyewa kereta dalam talian, SOCAR kini menawarkan diskaun sebanyak 31% untuk menggunakan kenderaan mereka dari kini, sehingga 1 September 2019. Diskaun ini boleh dinikmati dengan menggunakan kod promosi “SOMERDEKA31” ke dalam aplikasi SOCAR.

Bagaimanapun, promosi ini hanya boleh digunakan pada 8 model kenderaan sahaja iaitu Axia, Vios, Altis, Bezza, Iriz, Myvi, HR-V dan Jazz. Diskaun 31% ini juga memiliki had maksima RM62 untuk setiap tempahan.



Di SOCAR, pengguna boleh menyewa kereta seperti Perodua Axia dari serendah RM8/jam, atau Honda HR-V dari RM16.90/jam. Kadar ini untuk hari bekerja dan ia lebih mahal sedikit pada hujung minggu.

Tempahan kereta SOCAR disertakan bersama petrol dan pengguna menikmati perjalanan percuma sebanyak 20KM untuk setiap jam tempahan. Malah, pengguna boleh menikmati tempahan selama 24 jam dengan membayar harga tempahan 12 jam sahaja.



Selain promosi ini, SOCAR juga menawarkan diskaun 50% untuk penggunaan di luar waktu puncak, dari pukul 9 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya.

Bagi yang mahu ke lapangan terbang KLIA, promosi kadar perkhidmatan sehala percuma masih berjalan. Caj RM50 untuk perjalanan sehala ke KLIA dikecualikan dan pengguna hanya perlu membayar harga sewa mengikut tempoh masa. Promosi ini akan tamat pada 31 Ogos 2019.

Jika anda mahu ke KLIA dalam bulan Ogos ini, nikmati diskaun berganda dari pengecualian kadar perkhidmatan sehala RM50, diskaun 50% untuk penggunaan luar waktu puncak serta diskaun bulan Merdeka 31% menggunakan kod promosi “SOMERDEKA31”. Sehingga 3 penjimatan dalam satu tempahan.

Jika anda belum pernah menggunakan SOCAR, anda boleh mendaftar di sini. Lesen memandu yang sah diperlukan bersama kad pengenalan semasa pendaftaran. Anda disyorkan untuk mendaftar lebih awal sebelum mula menggunakan SOCAR, kerana proses pendaftaran mengambil masa untuk pengesahan.

Sumber: SOCAR

Tags: SOCAR
Najib

Najib

POPULAR

Pandu kereta SOCAR secara percuma ke Pulau Pinang

Pandu kereta SOCAR dengan diskaun 31% sempena Bulan Kemerdekaan

20 August 2019
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN