fbpx

Anda Rasa Telco Anda Cekik Darah? Kita Adalah Yang Ke-15 Terbaik Dunia

Ada satu kajian yang dijalankan oleh laman web Cable yang menganalisis banyak pakej Internet mudah ailh yang ditawarkan penyedia perkhidmatan di serata 230 negara penghujung tahun 2018. Dapat kajian itu menunjukkan yang negara kita tidaklah semahal seperti yang disangka.

Daripada 6,313 pelan data yang dikaji, negara kita menduduki tangga ke-15 terbaik di dunia daripada segi kos purata se-GB data mudah alih iaitu pada harga RM4.92. Ia jadikan kita ke-2 terbaik di ASEAN selepas Myanmar

Penyelidik juga berkongsi beberapa fakta menarik daripada negara yang mereka kaji. Antaranya adalah:

  • India miliki kesedaran teknologi yang amat tinggi serta pertumbuhan pasaran telefon pintar yang superpantas yang jadikan India mampu tawarkan servis telco pada harga yang murah
  • Krygyzstan pula miliki infrastruktur telekomunikasi berkabel yang minimum jadi mereka sangat bergantung pada data mudah alih untuk berhubung dengan Internet. Ia menyumbang kepada pertumbuhan industri telco
  • Kazakhstan tawarkan perkhidmatan rangkaian 4G antara yang tercanggih di wilayahnya. Pasaran telco di sana adalah tepu dan menyebabka penyedia telco bersaing untuk merebut pengguna yang sedia ada.
  • Pasaran Ukraine sebahagian besarnya hanya berlegar dalam kalangan tiga penyedia – Lifecell, Vodafone Ukraine, dan Kyivtar yang bersaing dalam pasaran yang sudah tepu.
  • Separuh daripada 20 negara teratas yang tawarkan data telco murah adalah negara Asia. Selain India, Sri Lanka, Mongolia, Myanmar, dan Bangladesh juga adalah negara yang pemurah daripada segi data. Namun, negara yang maju seperti Korea Selatan miliki harga Internet antara yang termahal (USD 15.12/GB)

Untuk laporan penuh, anda boleh baca di sini.

BACA  Tinjauan awal ke Exchange 106 di TRX, ikon terbaru Kuala Lumpur