fbpx

Basmi Iklan Pada Bloatware Telefon Xiaomi Anda Guna Cara Ini

Produk telefon Xiaomi sebahagian besarnya dikuasakan sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri iaitu MIUI. Memang ia mengambil inspirasi daripada iOS, tapi Xiaomi turut menyuntik bloatware yang menayangkan iklan daripada masa ke masa. Mungkin ia adalah salah satu sumber pendapatan Xiaomi untuk membolehkan mereka menjual telefon dalam harga yang amat murah.

Tapi, mujurlah anda boleh halang iklan daripada ditayangkan dan seterusnya jadikan telefon lebih kemas. Ikuti cara ini untuk halang iklan pada telefon Xiaomi anda.

Matikan iklan dalam sistem MIUI

Pergi ke Settings > Additional Settings > Authorization & Revocation. Kemudian, matikan msa.

Matikan Personal Ad Recommendations

Tetapan ini agak tersembunyi. Di Mi 9, saya hanya boleh aksesnya dengan lakukan carian “Personal Ad Recommedations.”

Matikan iklan dalam Mi Security, Mi Browser, & Mi Music

Setiap APP Bloatware ini ada tetapan iklannya yang tersendiri dan perlu dimatikan satu demi satu.

Mi Security
Mi Music
Mi Browser

Untuk Mi Security, tetapan itu ada dalam bahagian Setting APP. Di Mi Browser, anda boleh pergi ke Setting > Privacy & Security untuk matikan Personalized Services. Pada Mi Music, ia terletak dalam bahagian Setting > Advanced Settings dan anda perlu matikan tetapan Receive Recommendations.

BACA  Risiko Yang Perlu Anda Ketahui Jika Gunakan Gajet IoT Xiaomi