• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi lancar promosi Merdeka 10 hari di Mi Store dan 1 hari di Lazada

  • OLEH Najib
  • 9:41 am
  • 21/08/2019
  • Komen
Perbandingan Kamera: Xiaomi Mi 9T, Xiaomi Mi 9, & Redmi K20 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia mungkin sedikit lambat dalam menawarkan promosi sempena Bulan Merdeka ini. Buat mereka yang menunggu, ini boleh dikatakan bonus untuk anda. Bermula hari ini, 21 Ogos hingga 31 Ogos 2019, pembeli beberapa model telefon pintar Xiaomi terpilih akan menerima hadiah percuma.

Promosi 10 Hari di Mi Store

Orang ramai boleh menerima hadiah percuma apabila membeli salah satu dari 4 model telefon pintar Xiaomi, di mana-mana Mi Store di seluruh Malaysia. 4 model tersebut ialah Mi 9, Mi 9T, Redmi Note 7 dan Redmi 7.



Mi 9 (6GB+128GB) – RM1,999
*Percuma Pad Pengecas Wayarles 20W bersama adaptor 27W, Mi Urban Strap Casing, Pelindung Skrin

Mi 9T (6GB+128GB) – RM1,399
* Percuma Mi Casual Backpack



Redmi Note 7 (4GB+64GB) – RM799
Redmi Note 7 (4GB+128GB) – RM949
* Percuma Mi Casual Daypack

Redmi 7 (2GB+16GB) – RM499
*Percuma kad mikroSD 32GB

Semua hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Promosi 1 Hari di Lazada

Selain tawaran di Mi Stor, Xiaomi Malaysia juga hari ini membuat promosi khas di Lazada. Selama 1 hari iaitu 21 Ogos 2019, beberapa produk Xiaomi diberikan diskaun. Ada yang ditawarkan untuk masa terhad, selama 2 jam sahaja.

Antara tawaran masa terhad selama 2 jam, dari 12 tengah hari ke 2 petang pada 21 Ogos ialah:

  • Redmi Note 7 (3GB+32GB( – RM679 RM629
  • Mi MIX 2S (6GB + 64GB) – RM1,099 RM999
  • Mi Band 3 – RM129 RM99

Manakala tawaran sepanjang hari ini selama 24 jam di Stor Xiaomi di Lazada ini ialah:

  • Pocophone F1 (6GB+64GB) – RM1,299 RM1,039
  • Mi 9T (6GB+64GB) – RM1,199 RM1,099
  • Mi 8 (6GB+128GB) – RM1,899 RM1,199
  • Redmi 6 (3GB+32GB) – RM525 RM399
  • Redmi 7 (2GB+16GB) – RM499 RM449
  • Mi A2 (6GB+128GB) – RM1,099 RM799

Jangan terlepas untuk mendapatkan harga istimewa produk Xiaomi ini hari ini.

Tags: LazadaMerdekaMi Storexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Perbandingan Kamera: Xiaomi Mi 9T, Xiaomi Mi 9, & Redmi K20 Pro

Xiaomi lancar promosi Merdeka 10 hari di Mi Store dan 1 hari di Lazada

21 August 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN