• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran

  • OLEH Najib
  • 3:29 pm
  • 22/08/2019
  • Komen
Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay merupakan sebuah sistem kad prabayar oleh AirAsia, yang boleh digunakan seperti kad debit/kredit. Baru-baru ini, mereka mengumumkan sistem mata ganjaran yang baru, yang akan memberi lebih banyak mata ganjaran untuk setiap penggunaan.

Berkuatkuasa 1 September 2019, pengguna kad BigPay akan menerima 1 mata ganjaran BIG untuk setiap RM10 pembelian. Ini dua kali lebih banyak berbanding sebelumnya, iaitu 1 mata ganjaran BIG untuk setiap RM20 perbelanjaan. Tetapi mata ganjaran untuk tambah nilai akan dihentikan.



Dikira secara keseluruhan, cara ini memberi lebih banyak mata ganjaran untuk pengguna. Sebelum ini, tambah nilai RM50 dan perbelanjaan RM50 akan memberikan pengguna 3 mata BIG sahaja. Dengan sistem baru, ia memberikan pengguna 5 mata BIG.

BigPay menggunakan sistem MasterCard, merupakan sebuah kad prabayar yang boleh dikendalikan dari aplikasi mudah alih di telefon pintar. Aplikasi ini membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak perbelajaan, menghantar wang kepada pengguna BigPay yang lain serta menyemak kadar tukaran matawang asing masa nyata di luar negara.



Antara kelebihan BigPay ialah tiada caj pemprosesan untuk pembelian tiket AirAsia, diskaun untuk pembelian makanan, bagasi atau lain-lain perkara di AirAsia, serta kadar tukaran matawang asing yang kompetitif berbanding kad kredit biasa.

Pengguna juga boleh mengeluarkan wang tunai menggunakan kad BigPay tetapi akan dikenakan caj RM6 untuk setiap pengeluaran di Malaysia, dan RM10 untuk setiap pengeluaran di luar negara.

Pendaftaran BigPay adalah percuma tetapi anda perlu menambah nilai RM20 semasa mendaftar yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun pengguna. Untuk maklumat lanjut tentang kad ini, layari laman web BigPay.

Selain AirAsia, beberapa syarikat lain turut mengumumkan akan memperkenalkan kad prabayar seperti Digi dengan kad Happy, serta U Mobile dengan kad GoPayz. XOX Mobile juga dikhabarkan akan memperkenalkan kad prabayar tidak lama lagi.

Tags: AirAsiabigpay
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran

Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran

22 August 2019
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER