• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fly By Night dan Azalea Wrath serta banyak lagi filem Malaysia kini boleh ditonton di Netflix

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 22/08/2019
  • Komen
Fly By Night dan Azalea Wrath serta banyak lagi filem Malaysia kini boleh ditonton di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix, penyedia kandungan dalam talian meraikan ketibaan Bulan Kemerdekaan kali ini dengan menyediakan pelbagai filem buatan Malaysia untuk ditonton di platform mereka. Menerusi senarai main Bebas Bersama Netflix, orang ramai di seluruh dunia boleh menikmati kandungan yang diterbitkan oleh rakyat Malaysia di mana jua.

Antaranya ialah filem yang membuat kemunculan sulung mereka di Netflix iaitu Fly By Night dan Till Death: Azalea’s Wrath. Kedua-dua filem ini baru disenaraikan di dalam Netflix dan boleh ditonton sekarang.



Fly By Night ialah filem arahan Zahir Omar dan dibintangi oleh Sunny Pang, Fabian Loo, Eric Chen, Jack Tan serta Bront Palarae. Ia mengisahkan tentang empat orang pemandu teksi yang terpaksa bergantung antara satu sama lain apabila berhadapan dengan ancaman dari polis yang korup dan juga kumpulan samseng yang kejam.

Till Death: Azalea’s Wrath pula menampilkan pelakon terkenal Khir Rahman, Vanidah Imran dan Nam Ron. Ia diarahkan oleh Sein Qudsi dengan genre seram, mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang baru kematian anak kerana komplikasi ketika melahirkannya. Mereka berpindah ke sebuah rumah untuk memulakan hidup baru tetapi tidak mengetahui bahawa rumah tersebut mempunyai sejarah silam yang gelap. Apa yang akan mereka hadapi di rumah tersebut hanyalah satu permulaan.



Selain dua filem baru di atas, Netflix juga memiliki banyak filem buatan Malaysia di platformnya seperti filem komedi seram Hantu Kak Limah, filem seram edisi kedua arahan Syamsul Yusof Munafik 2, serta filem-filem yang menerima pelbagai anugerah seperti Crossroads: One Two Jaga, Paskal, Pulang, Jagat dan siri Polis Evo.

Jika anda telah memiliki akaun Netflix, dapatkan senarai filem-filem Malaysia ini menerusi senarai Bebas Bersama Netflix. Kalau belum, anda boleh mencuba Netflix secara percuma selama 30 hari sebelum mula melanggannya, dari serendah RM33/bulan.

Tags: MerdekaNetflix
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Fly By Night dan Azalea Wrath serta banyak lagi filem Malaysia kini boleh ditonton di Netflix

Fly By Night dan Azalea Wrath serta banyak lagi filem Malaysia kini boleh ditonton di Netflix

22 August 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN