• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T Pro dijual RM100 lebih murah untuk masa terhad dan penghantaran lebih lama

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 26/08/2019
  • Komen
Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Mi 9T Pro dengan kuasa Snapdragon 855, akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM1,599 dengan storan 64GB. Storan 128GB pula berharga RM1,799. Tetapi jika anda mahukan harga lebih murah dengan jaminan rasmi Malaysia, anda boleh pergi ke Stor Xiaomi Global di Shopee.

Mi 9T Pro di Stor Xiaomi Global dijual pada harga RM1,499 bagi storan 64GB. Tetapi harga ini hanya boleh di dapati selama 2 hari sahaja, pada 26 & 27 Ogos 2019.



Jika anda mahukan storan lebih besar, 128GB boleh dibeli pada harga RM1,699 selama satu hari, pada 30 Ogos 2019 sahaja. Ia juga disertakan hadiah percuma berupa Mi Band 3.

Bagi menarik minat lebih ramai pengunjung, Xiaomi Global Store di Shopee akan memberikan hadiah percuma kepada pengikut bertuah. Dari kini sehingga 31 Ogos 2019, jika pengikut Xiaomi Global Store mencecah 12 ribu orang, mereka akan memberikan Mi True Wireless kepada 5 pengikut bertuah. Jika mencecah 13 ribu orang, 3 unit Mi Smart Band 4 akan diberikan dan jika mencecah 15 ribu, mereka akan memberikan 1 unit Mi 9T Pro.



Jika berminat, jangan lupa untuk mengunjungi Stor Xiaomi Global di Shopee. Stor Xiaomi Global ialah stor yang menjual produk Xiaomi terus dari China. Walaupun ia tidak diuruskan oleh Xiaomi Malaysia, produk yang dibeli dari stor ini dijamin oleh Xiaomi Malaysia. Disebabkan penghantarannya dari China, ia mungkin mengambil masa lebih panjang untuk diterima.

Jika anda mahu mendapatkan set rasmi Malaysia, ia akan mula dijual bermula 30 Ogos 2019. Sebanyak 4 warna tersedia untuk Mi 9T Pro iaitu hitam, merah, biru dan putih. Tetapi warna putih hanya terdapat untuk storan 64GB sahaja.

Mi 9T Pro merupakan telefon pintar yang serupa Mi 9T, tetapi dinaik taraf dengan pemproses berkuasa tinggi, Snapdragon 855. Selain itu, kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX586 48MP yang boleh merakam video 4K sehingga 60fps. Ia juga menyokong pengecasan pantas 27W, tetapi harus dibeli berasingan kerana ia datang dengan pengecas 18W di dalam kotak.

Tags: Mi 9TMi 9T Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

Mi 9T Pro dijual RM100 lebih murah untuk masa terhad dan penghantaran lebih lama

26 August 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER