fbpx

Huawei Mate30 Bakal Hasilkan Gambar Potret Terbaik?

Berita tentang flagship Huawei yang seterusnya semakin kencang. Flagship yang dimaksudkan adalah siri Mate yang biasanya hadir dengan ciri-ciri produktiviti berbanding siri P yang mengkhususkan kepada kamera. Ia berikutan terbocornya satu poster yang merujuk pada telefon yang bakal Huawei lancarkan tak lama lagi.

Antara maklumat yang boleh diekstrak daripada poster itu adalah seperti telefon ini akan dikuasakan Kirin 990. Ia miliki kuad kamera belakang dan dilengkapi pengecasan pantas 40W bersama-sama dengan 27W jika menggunakan pad wayarles.

Bahagian depan pula anda boleh perhatikan notch yang besar menempatkan sekurang-kurangnya kamera selfie. menariknya dengan Mate 30 kali ini adalah ia macam gunakan lampu flash Xenon yang terkenal digunakan pada kamera Nokia satu ketika dulu contohnya pada 808 PureVIew. Jika benar, ia tentunya sesuatu yang menarik kerana warna daripada flash Xenon sangat hampir dengan cahaya semula jadi. Maka, gambar portrait menggunakan flash nampak lebih real berbanding lampu LED.

Mate 20 Pro ada trikamera belakang

Lagi satu yang menarik adalah pada estetik kamera belakang. Ia seperti mengambil inspirasi daripada Lumia 1020 untuk menempatkan kamera dalam bulatan di bahagian tengah. Ia adalah sesuatu yang segar dan tak mengikut trend kamera di penjuru seperti hampir semua telefon dalam tahun ini.

Lumia 1020

Spekulasi bertiup kencang yang Mate 30 akan diumumkan seawal September 2019. Untuk itu, anda perlu terus ikuti SoyaCincau BM untuk berita berkaitan.

Sumber: Huawei Central

BACA  Huawei Y9 Prime kini lebih murah RM100 dari harga asal