fbpx

Diskaun RM200 untuk Realme 3 Pro pada 9.9 harus di Chup sekarang

Tarikh 9 September adalah satu tarikh yang perlu diingati oleh mereka yang gemar membeli-belah dalam talian. Selain Shopee, Lazada turut mengadakan jualan istimewa pada tarikh 9.9 dan salah satu kedai yang akan menawarkan promosi ialah Realme.

Khas pada 9.9, Stor Realme di Lazada akan menawarkan beberapa promosi untuk telefon pintar dan aksesori keluaran mereka. Selain harga diskaun sepanjang hari, Realme turut memberikan diskaun melampau untuk waktu terhad.

Bagi telefon pintar Realme 3 Pro dengan RAM 4GB dan storan 64GB, harga biasanya ialah RM899. Pada 9.9 nanti, ia boleh dibeli dengan diskaun RM200 iaitu RM699. Tetapi, tempahan awal perlu dibuat dengan deposit sebanyak 10%.

Caranya, dari 27 Ogos sehingga 8 September, tempahan awal Realme 3 Pro 64GB akan dibuka di Stor Realme di Lazada. Pembeli perlu Chup Dulu dengan membayar deposit 10% iaitu RM69.90 dalam tempoh ini. Kemudian pada 9.9, bayar bakinya iaitu RM629.10 dan ia akan dihantar ke rumah anda. Jika terlepas tempahan awal, ia masih boleh dibeli dengan diskaun pada harga RM749 pada tarikh 9.9.

Selain dari itu, hadiah percuma juga diberikan untuk pembelan model terpilih. Bagi telefon pintar bajet Realme C2, pembeli akan menerima kad mikroSD secara percuma. Ia akan dijual pada harga RM339 (2GB+16GB), RM399 (2GB+32GB) dan RM449 (3GB+32GB).

Tetapi khas untuk waktu terhad selama 2 jam pada 9.9, dari pukul 12am-2am, Realme C2 (2GB+16B) boleh dibeli pada harga RM329 sahaja. Penjimatan sebanyak RM100 dari harga asal.

Lain-lain diskaun dan hadiah percuma untuk produk Realme yang lain pada 9.9 adalah seperti berikut:

Jika berminat, kunjungi Stor Realme di Lazada sekarang, serta pada 9 September nanti.

BACA  Realme X2 Pro Mungkin Berharga Sekitar RM2,300 Atas Sebab Ini