fbpx

TSMC Disaman, Hampir Semua Pengeluar Telefon Termasuk Apple Terpalit

TSMC dan sejumlah nama-nama besar dalam industri semikondukter telah disenaraikan dalam satu saman oleh GlobalFoundries (GloFo). Mereka didakwa, menurut GloFo, telah melakukan pencabulan 16 harta intelek kepunyaan faundri semikonduktor terbesar A.S. itu.

Senarai pencabulan yang didakwa GloFo

Selain daripada menuntut pembayaran keatas setiap pencabulan itu, GloFo juga sedang berusaha untuk mendapatkan arahan mahkamah untuk menghalang apa-apa produk yang terbabit dengan isu ini daripada diimport masuk ke dalam A.S. dan Jerman.

Di pihak TSMC, mereka dijangka tidak terkesan sangat dengan tindakan GloFo kerena syarikat mereka berada di luar bidang kuasa pihak berkuasa A.S. Ia menjelaskan mengapa GloFo cuma berusaha untuk halang produk yang terkesan daripad amasuk ke A.S. Tapi, ada beberapa defendan yang dinamakan GloFo kebanyakkannya berpengkalan di A.S.

Antara yang dinamakan ialah:

  • Apple
  • Arista
  • ASUS
  • Avnet/EBV
  • BLU
  • Broadcom
  • Cisco
  • Digi-key
  • Google
  • HiSense
  • Lenovo
  • Mediatek
  • Motorola
  • Mouser
  • NVIDIA
  • OnePlus
  • Qualcomm
  • TCL
  • Xilinx

Menurut GlobalFoundries, sebab utama mereka bertindak sedemikian adalah untuk melindungi pelaburan yang telah dihamburkan mereka sejak sekian lama dalam industri semikonduktor. Lebih spesifik, mereka telah belanjakan lebih USD 15 billion di A.S, dan lebih USD 6 billiom di Eropah. Ia berikutan trend pengeluaran semikonduktor yang dilhat semakin terarah ke pengeluar yang berpusat di Asia.

Lagi berkaitan GloFo, mereka telah dilaporkan memberhentikan pembangunan produk litografi 7nm pada tahun lalu untuk beri fokus pada 12nm dan 14nm. Maka, Samsung dan TSMC sepatutnya selesa kerana kurangnya pesaing dalam penghasilan SoC berlitografi kurang daripada 10nm.

Pemerhati melihat tindakan ini sebagai GloFo tewas dalam persaingan semikonduktor dan sedang bertungkus lumus untuk kekalkan perniagaan mereka dalam industir semikonduktor.

Sumber: GlobalFoundries

BACA  Hadiah percuma Alan Walker di jualan hari pertama Realme 5 dan Realme 5 Pro