fbpx

Samsung Akan Hadir Dengan Telefon 6,000mAh?

Anda rasakan 5,000mAh pada M20 terlalu kecil? Samsung mungkin sedang bangunkan telefon berbekalkan 6,000mAh dan bakal dilancarkan tak lama lagi berdasarkan beberapa maklumat yang tertiris di Internet.

Galaxy M20, telefon Samsung dengan bateri terbesar setakat ini.

Yang pertama adalah bahan iklan Samsung yang menunjukkan angka 6,000 dengan tanda pagar GoMonster yang mencadangkan bateri superbesar ini akan menguasakan salah satu daripada telefon dalam siri M.

Kemudian, ada satu gambar bateri Samsung dengan kod EB-BM207ABY. Beberapa angka penting yang boleh diekstrak daripada gambar bateri tu adalah seperti kuasa 22.45Wh dan voltan 3.85V. Menggunakan rumus mudah, ia diterjemahkan kepada 5,831mAh kapasiti bateri.

Tiada maklumat rasmi setakat ini tentang apa-apa produk dengan bateri superbesar daripada Samsung setakat ini. Khabar angin menyatakan yang ia berkemungkinan besar menemui pengguna pertengahan September 2019.

BACA  Ini peluang kedua nak beli Samsung Galaxy Fold yang habis ditempah minggu lepas