• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Huawei Mate30 masih boleh guna Android tetapi tanpa Google di dalamnya

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 29/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, kerajaan Donald Trump melanjutkan penangguhan larangan Huawei berurusniaga dengan mana-mana syarikat Amerika Syarikat (AS). Tambahan 90-hari ini memberi sediki kelegaan kepada banyak syarikat AS yang banyak membuat jual beli dengna syarikat China itu.

Walaupun begitu, penangguhan ini dikatakan tidak termasuk produk baru Huawei yang dilancarkan selepas sekatan diumumkan pada bulan Mei lepas. Reuters melaporkan, telefon pintar Huawei yang akan datang, Mate30 mungkin akan terkesan dari hal ini.



Siri Mate30 dijangka akan dilancarkan di Eropah pada bulan September nanti. Bagaimanapun, ia dikatakan tidak boleh menggunakan perkhidmatan Google di dalam sistem operasi Android kerana tidak termasuk di dalam kebenaran yang dinikmati dari penangguhan larangan itu.

Perkara ini penting kerana lesen Google diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan Google seperti Google Maps, YouTube, Google Playstore dan banyak lagi di dalam OS Android. Walaupun di kebanyakan negara tidak memerlukan lesen Google untuk digunakan, Kesatuan Eropah (EU) mewajibkan lesen Google diperoleh sebelum telefon pintar berkaitan boleh digunakan di negara EU. Tiada lesen Google yang beribupejabat di AS bermakna Android yang digunakan lompong tanpa Google Playstore.



Huawei sebelum ini telah memperkenalkan HarmonyOS sebagai alternatif kepada Android. Ia direka sebagai OS untuk penggunaan di perkakas IoT, tetapi boleh diterapkan ke telefon pintar jika perlu. Bagaimanapun, Huawei masih tidak optimis mengunakan HarmonyOS di telefon pintar, paling penting kerana tiada sokongan aplikasi yang banyak.

Selain Android, Huawei juga mungkin berdepan masalah menghasilkan cip pemproses kerana cip Kirin keluaran mereka menggunakan teknologi ARM Holdings yang berpusat di British, tetapi banyak memiliki paten yang didaftarkan di AS. Bagaimanapun, Huawei mengatakan ia bukan isu kerana cip akan datang mereka, Kirin 990 menggunakan teknologi yang berdaftar sebelum larangan AS diumumkan.

Huawei masih yakin akan menjual telefon pintar baru mereka pasca larangan AS dilengkapi OS Android. Tetapi adakah ia datang dengan perkhidmatan Google atau tidak, ia masih menjadi persoalan.

Sumber: Reuters

Tags: HuaweiMate 30
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Mate30 masih boleh guna Android tetapi tanpa Google di dalamnya

29 August 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN