fbpx

Sony a6600 Gabungkan Semua Manfaat Kamera a6k Dalam Satu Pakej

Kali terakhir Sony lancarkan kamera dalam siri a6k mereka adalah a6400 dalam bulan April 2019 yang lalu. Kurang setahun daripada peristiwa itu, mereka mengumumkan a6600. Meneliti specs, ia menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada a6500 dan a6400 untuk hasilkan kamera baru ini.

Sebelum pergi ke apa yang ditambah baik, kita tengok apa yang dikekalkan. Seperti semua siri a6k, fizikaliti kamera ini diinspirasikan daripada kamera jenis rangefinder, iaitu EVF terletak di bahagian sudut kiri kamera. Butang-butang biasa masih kekal di kedudukan yang sepatutnya.

Kemudian, ia tetap ada sensor 24MP daripada jenis APSC yang sedikit kecil berbanding Full Frame, tapi lebih besar daripada Micro Four Thirds (MFT).

Beralih kepada apa yang baru dengan A6600 berbanding iterasi-iterasi sebelumnya adalah ia kini ada dua jek audio, satu untuk mikrofon dan satu lagi untuk earfone. Jadi, kepraktikalannya kini setanding a7R iii daripada segi videografi.

Lagi tentang videografi, ia dilengkapi skrin boleh kilas kealas yang sesuai untuk video vlog solo anda. Waktu penggunaan nyata dipanjangkan kerana ia kini gunakan bateri yang sama dengan a7R III.

Berikut adalah ringkasan spesifikasi Sony a6600:

  • kaki lensa Sony E
  • sensor APS-C 24.2MP jenis Exmor CMOS
  • penstabil imej dalam badan (IBIS) 5 paksi
  • EVF 2.36MP
  • LCD 3″ 0.9MP
  • rakaman video sehingga [email protected] ataupun [email protected]
  • julat ISO 100 hingga 102,400
  • ada jek mikrofon dan earfon

Menurut Sony Malaysia, kamera ini akan tiba dalam bulan November 2019. Sebelum itu, di A.S sana, ia dijual pada harga USD1,400 (RM5,916) badan saja. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sony a6100

Sony a6100 juga diumumkan bersama-sama a6600 tapi ia seperti versi “lite” kepada yang lebih mahal itu. Ia tetap ada kebanyakkan ciri-ciri a6600 seperti sensor 24MP, pemproses imej BIONZ X serta 425 titik fokus yang bertebaran di serata sensor.

BACA  Sony sahkan nama PlayStation 5, akan tiba pada akhir 2020

Bezanya adalah:

  • tiada penstabil imej dalam badan (IBIS)
  • EVF-nya kurang sedikit daripada segi bilangan piksel
  • bateri lama yang berkapasiti sedikit kecil berbanding a6600
  • tiada fungsi rakaman video dalam format log

a6100 dijual pada harga USD750 (RM3,169) untuk badan sahaja ataupun dengan lensa 16-50mm pada harga USD850 (RM3,592) ataupun dengan kombo lensa 16-50mm dan 55-210mm pada harga USD1,100 (RM4,649). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.