fbpx

Redmi Note 8 Pro: 64MP Dalam Badan Sekitar RM1,000

Seperti yang dijadualkan, Redmi telah mengumumkan Redmi Note 8 dan Note 8 Pro. Versi Pro telefon ini dilengkapi kamera 64MP, yang pertama seumpamanya di dunia yang ditawarkan untuk pengguna.

Redmi Note 8 Pro

Kita pergi ke Redmi Note 8 Pro terlebih dahulu sebab ia miliki specs paling tinggi antara keduanya. Di bahagian muka telefon ini ada panel LCD sebesar 6.53″ beresolusi FHD+.

Redmi berkeputusan untuk menukar angin untuk Redmi Note kali ini. Jika kebiasaannya mereka menggunakan SoC Snapdragon untuk menguasakan telefon ini, pada Note 8 Pro, MediaTek Helio G90T menjadi pilihan. Pemrposes itu bergandingan pula dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan kemampuan pengecasan pantas 18W. Selain bateri yang ditala untuk gamers, sistem penyejukan juga menggunakan yang daripada jenis cecair untuk mengoptimumkan prestasinya sewaktu kerja berat.

Di bahagian pengimejan, seperti yang digembar-gemburkan, ia diperkasa sensor pengimejan Samsung GW1 64MP. Menemani kamera berkuasa itu adalah tiga lagi kamera iaitu 8MP untuk ultralebar dan baki dua kamera lagi menggunakan sensor 2MP masing-masing untuk bokeh dan makro.

Untuk selfie, kamera 20MP boleh digunakan. Bagusnya telefon ini adalah ia ada jek audio 3.5mm dan juga pemancar inframerah untuk mengawal kelengkapan rumah.

Redmi 8 Pro mula dijual di China pada 17 September pada harga seperti berikut:

  • RAM 6GB + storan 64GB – RMB1,399 (RM826)
  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB1,599 (RM942)
  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB1,799 (RM1,064)

Redmi Note 8

Sekiranya anda mati-mati kena juga gunakan Snadragon, Redmi Note 8 gunakan Snapdragon 665, pemproses yang anda boleh temui pada Mi A3. SoC itu dipadankan dengan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Ia adalah sebuah telefon sebesar 6.3″ dengan resolusi HD+ dan bertakuk untuk tempatkan kamera depan 13MP.

BACA  Remote Play PS4 Kini Menyokong Telefon Bukan Xperia

Untuk komponen pengimejan, ia berkongsi konfigurasi kamera Note 8 Pro iaitu kuadkamera belakang 48MP, 8MP ultralebar, 2MP bokeh, dan 2MP makro.

Sama seperti saudaranya, ia ada bateri sebesar 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Redmi Note 8 akan dijual pada tanda harga seperti berikut:

  • RAM 4GB + storan 64GB – RMB999 (RM588)
  • RAM 6BG + storan 64GB – RM1,199 (RM706)
  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB1,399 (RM826)

Sumber:XiaomiGSMArenaAndroidAuthority]