fbpx

CamScanner Dikesan Dijangkti Malware, Sila Cari Alternatif Sementara

Mendigitalkan dokumen menggunakan telefon pintar adalah sangat mudah lagi-lagi dengan CamScanner. Salah satu ciri yang saya sanagat gemari adalah pascapemproses yang dikenakan pada gamabr dokumen yang jadikannya seperti diimbas menggunakan pengimbas sebenar.

Tapi anda mungkin perlu melupakan CamScanner untuk seketika kerana penganalisis keselamatan di Kaspersky Lab melaporkan yang mereka telah mengesan kehadiran malware dalam APP yang telah berkhidmat untuk jutaan pengguna Android.

Ada Apa Dalam CamScanner?

Menurut penganalisis keselamatan di Kaspersky, mereka mengesan modul malware yang dikenali sebagai Trojan-Dropper.Android.Necro.n yang biasanya ditemui sedia terpasang dalam telefon-telefon dari China. Modul ini bertindak seperti saluran ekspress untuk pihak tak bertanggung-jawab menyuntik malware lain yang lebih bahaya untuk tujuan tertentu.

Setelah dilaporkan kepada pihak Google, aplikasi ini sudahpun diturunkan daripada senaraian kedai digital mereka. CamScanner memaklumkan yang ia sudahpun membuang modul yang dilaporkan itu dan dalam proses untuk disenaraikan oleh Google semula.

Tapi sementara menunggu lampu hijau daripada Kaspersky, saya dan anda perlulah cari alternatif yang lain.

Beberapa alternatif yang bebaloi untuk dicuba

Adobe Scan

Office Lens

BACA  Yoodo Lanjutkan Promosi Data Booster 62GB Untuk RM38