fbpx

Black Shark 2 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Telefon dambaan gamers diluar sana, Black Shark 2 Pro hari ini diumumkan untuk pasaran Malaysia. Ia ada rekaan seperti kapal angkasa yang tak mungkin disalah teka. Setakat ini, ia adalah telefon dengan SoC Snapdragon paling berkuasa boleh anda beli di Malaysia.

Set import Black Shark 2 Pro sudahpun dijual seperti yang kami laporkan awal Ogos yang lalu. Tapi jika anda nakkan set yang hadir dengan servis Google dan jaminan lokal, inilah masanya.

Diperkasa Snapdragon 855 Plus, ia adalah SoC yang sama boleh anda temui dalam ROG Phone 2 cumanya telefon gaming ASUS itu anda masih tak boleh beli lagi dan jika masuk ke sinipun, harganya sudah tentu lebih mahal jika kita ambil penanda aras ROG Phone pertama. Membantu SoC perkasa itu adalah RAM sehingga 12GB dengan storan sehingga 256GB tapi storannya tidak boleh diperluas.

Di bahagian muka, Black Shark 2 Pro menggunakan panel paparan AMOLED dengan kadar polling 240Hz. Maknanya, sela masa antara jari anda menyentuh skrin dengan paparan bertindak balas adalah sangat minimum. Ia tak seharusnya dikelirukan dengan kadar refresh paparan sebab ia masih berada di tahap 60Hz.

Di bahagian pengimejan, ia ada dua kamera belakang dan satu kamera depan. Untuk kamera belakang, kamera utamanya ada sensor 48MP manakala kamera sekundernya adalah daripada jenis telefoto 12MP. Bersafoto dilakukan menerusi kamera 20MP.

Specs bateri Black Shark 2 Pro adalah sama macam Mi 9T Pro. Ia ada bateri 4,000mAh dan boleh dicas pantas sehingga 27W dan lebih bagus, pengecas pantas sekuasa itu didatangkan sekali dalam kotak.

BACA  SKMM telah tamatkan kontrak syarikat selepas kebocoran data pengguna dikesan

BlackShark 2 Pro boleh mula dibile di Malaysia melalui Shopee pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RM2,499
  • RAM 12GB + storan 256GB – RM2,999

Black Shark 2 Pro adalah sebuah telefon yang berkuasa. Tapi rekaannya yang agak radikal pastinya buatkan pengguna fikir dua kali sebelum letakkannya atas meja dalam acara formal. Tambahan pula, saya lebih gemari kamera belakang ultralebar berbanding telefoto.

Apa pendapat anda tentang telefon ini?