fbpx

Exynos 980: SoC Terbaru Samsung Dengan 5G & NPU

Tak sampai beberapa bulan mengumumkan Exynos 9825 untuk Galaxy Note 10, hari ini Samsung melancarkan Exynos 980, SoC terbaru mereka yang diperkasa modem 5G dan teras kecerdasan buatan (AI). Jika anda lihat pada nama SoC ini, anda tentu perasan yang cara penamaan cip ini agak berlainan daripada kebiasaan dan nampak macam Kirin 980.

Exynos 980 adalah produk litografi 8nm. Menariknya SoC ini adalah pada teras yang terkandung padanya. Jika 9825 ada tiga kluster teras, 980 hanya ada dua. Teras pertama ada dua [email protected] dan enam [email protected] Untuk GPU, ia ada Mali G&6 MP5.

Ciri yang ingin diketengahkan Samsung adalah modem 5G serta teras AI yang membolehkan pemperosesan rangkaian neural dilakukan terus dalam telefon untuk lebih privacy tanpa melalui pelayan di awan.

Untuk keupayaan pengimejan, cip ini menyokong sensor 108MP manakala pemproses isyarat (ISP) cip ini boleh menerima data daripada 5 sensor dan boleh memproses daripada 3 sensor sekali gus. Untuk video, ia mampu mainkan video pada resolusi 4K UHD pada kadar 120fps serta menyokong piawaian HDR10+.

Daripada semua specs yang dikongsikan, kita boleh letakkan Exynos 980 ini di bawah Exynos 9825. Salah satu sebabnya adalah ia cuma menyokong storan kilat UFS 2.1 saja dan paparan WQHD+. Untuk perbandinan flagship masa ini menyokong storan UFS 3.0 dan ada yang miliki paparan 4K UHD.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini