fbpx

Kemas Kini Android 10 Mula Diedarkan Ke Seluruh Keluarga Pixel

Tidak lagi diberikan kod nama pencuci mulut, Google telah melancarkan Android 10 untuk dipasang pada semua peranti Pixel, benar, termasuklah Google Pixel asal yang sudahpun berusia 3 tahun.

Antara pembaharuan yang dinatikan adalah seperti Dark Theme. Ia bukanlah sekadar menggelapkan paparan tetapi ia ditanam di dalam kerangka sistem operasi. Hal ini bermakna, sistem operasi akan secara pintar mengubah antara muka APP secara natif untuk disuaikan dengan tema gelap yang diaktifkan.

Pembaharuan besar yang kedua adalah ciri navigasi menggunakan lenggok jari seperti yang anda boleh temui pada iOS ataupun beberapa custom ROM berasaskan Android seperti MIUI. Gesture navigation akan membasmi butang digital yang menjadikan keseluruhan paparan telefon boleh digunakan untuk APP dan tak perlu lagi menyimpan sedikit untuk paparkan navigation bar.

Google Pixel (2016) juga terima Android 10

Daripada sudut keselamatan, Project Mainline diperkenalkan dalam versi kali ini. Apa yang ia lakukan adalah keupayaan untuk menyalurkan tampalan keselamatan terus melalui Google Play, seperti kemas kini APP yang anda lakukan sekarang. Manfaatnya adalah, kemas kini keselamatan tak perlu lagi disalurkan secara OTA oleh pengeluar agar telefon kekal sesalamt sepanjang masa.

Itu baru tiga saja pembaharuan besar. Sudah tentu terdapat ratusan benda baru yang dibawakan Android 10 yang anda perlu rasai sendiri. Jika anda bukan pengguna Pixel, anda perlu tunggu sedikit masa kepada pengeluar telefon anda membangunkan kemas kini untuk telefon anda.

BACA  Oppo Reno3 Pro akan diperkasa dwi-mod 5G dari cip Snapdragon 765G