• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Anda Rasakan Google Curi Dengar Perbualan Anda? Pengkaji Kata Itu Cumalah Mitos

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:43 pm
  • 06/09/2019
  • Komen
Anda Rasakan Google Curi Dengar Perbualan Anda? Pengkaji Kata Itu Cumalah Mitos
Share on FacebookShare on Twitter

Saya sendiri kadang-kala terkejut melihat iklan yang terpampang dalam telefon, komputer, dan sebagainya ada kaitan dengan apa yang saya borakkan, secara lisan, dengan rakan. Mulalah rasa syak yang syarikat-syarikat gergasi ini mendengar perbualan kami walaupun berkali-kali mereka katakan yang ia tidak berlaku kecuali dengan kebenaran pengguna.

Syarikat-syarikat besar berbangga dengan polisi kerahsiaan mereka

Untuk menyiasat isu itu, ada satu syarikat keselamatan yang bernama Wandera lakukan beberapa siri ujian untuk mengesahkan sama ada benarkah syarikat-syarikat ini curi dengar perbualan anda untuk pilih iklan dihadapkan pada anda.



Methodologi mereka adalah seperti berikut. Mereka wujudkan dua kumpulan, yang masing-masing ada satu telefon Android dan satu lagi telefon iOS.

Kumpulan pertama diletakkan dalam bilik sunyi sebagai pemalar dan satu lagi diletakkan dalam bilik yang iklan suara sedang dimainkan.



Kesemua telefon dipasang dengan aplikasi Facebook, Instagram, Chrome, SnapChat, YouTube, dan Amazon dan setiap mereka diberikan kebenaran sepenuhnya untuk mengawal telefon.

Selepas 30 minit, setiap subjek akan diperiksa jenis iklan apakah yang terpapar dan adakah ia berkaitan dengan rakaman audio yang dimainkan sebentar tadi. Amaun data Internet juga diperiksa dan dicatatkan.

Dapatan daripada ujian itu adalah jenis iklan yang dipaparkan tiada kena mengena dengan audio yang mereka mainkan semasa ujian. Daripada segi penggunaan data, mereka dapati yang APP di Android menggunakan lebih banyak data dalam bilik sunyi manakala di iOS, perkara sebaliknya berlaku.

Sungguhpun tiada bukti konkrit yang menunjukkan perbualan anda didengar dalam ujian ini, mereka mengatakan yang strategi pengiklanan sentiasa berevolusi dan tiada jaminan mutlak yang pihak ini langsung tidak mendengar perbualan anda.

Sumber: BBC

Tags: keselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER