fbpx

Versi Kompak Xperia 1 Diumumkan Di IFA 2019 Dengan Nama Xperia 5

Seperti yang hangat diperkatakan, Sony hari ini telah mengumumkan Xperia 5. Telefon ini miliki specs yang hampir setara dengan Xperia 1 tapi dipadatkan dalam badan yang lebih kecil beserta beberapa perubahan yang lain.

Beza yang paling ketara adalah fizikaliti telefon ini yang lebih kecil. Namun, ia masih kekalkan nisbah paparan 21:9 seperti Xperia 1 cuma ia tidaklah datang dengan paparan 4K UHD sebaliknya ada paparan OLED 6.1″ FHD+.

Seperti yang dikatakan di awal tadi, ia adalah Xperia 1 versi kompak. Atas papan utamanya ada SoC Snapdragon 855 bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Bagusnya telefon ini adalah ia hadir dengna slot mikro-SD, kalau-kalau storan yang sedia ada tidak mencukupi. Menyalakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 3,140mAh dengan pengecasan pantas yang tidak diketahui berapa kadarnya. Tapi Sony memaklumkan yang daripada 0 ke 50% hanya mengambil masa 30 minit saja.

Di bahagian kamera, ada tiga kamera belakang dan satu kamera depan utuk digunakan. Kamera belakangnya dikuasakan tiga sensor 12MP dengan jarak fokal berbeza. Untuk selfie, andaboleh gunakan kamera 8MP.

Sony Xperia 5 akan mula dijual pada bulan Oktober 2019 ini pada harg ayang masih belum diumumkan. Tapi, tempahannya akan berjalan bermula minggu depan di beberapa pasaran terpilih. Bersama-sama dengan tempahan itu, Sony turut menyertakan headfon WF-1000XM3 sebagai pemberian percuma.

BACA  Xperia 5 Set Malaysia Akan Mula Dijual November 2019