fbpx

Huawei umum lebih 30 model akan terima kemaskini EMUI 10 dan Android 10

Huawei telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, siri Mate 30 pada 19 September 2019. Siri Mate 30 juga akan menjadi peranti pertama Huawei dilengkapi sistem operasi (OS) terbaru mereka, EMUI 10 berasaskan Android 10.

Kini Huawei telah mengeluarkan tarikh peranti keluarannya untuk menerima kemaskini OS terbaru, EMUI 10. Dalam jadual yang dikongsikan Huawei ini, mereka menyatakan terdapat lebih 30 model peranti Huawei akan menerima kemaskini EMUI 10.

Tetapi hanya model flagship yang disenaraikan bersama tarikh jangkaan kemaskini. Untuk model lain yang tidak disenaraikan, ia digolongkan di dalam kumpulan suku kedua tahun 2020, antara bulan April hingga Jun.

Jadual kemaskini EMUI 10 yang dikongsikan Huawei adalah seperti berikut:

19 September 2019

  • Mate 30

November 2019

  • P30
  • P30 Pro

Disember 2019

  • Mate 20
  • Mate 20 Pro
  • Mate 20 RS
  • Mate 20X
  • Honor 20
  • Honor 20 Pro
  • Honor View 20

Mac 2020

  • P30 Lite
  • Siri P20
  • Siri Mate 10

Walaupun jadual ini dikongsi sendiri oleh Huawei, belum dipastikan sama ada Huawei boleh bersedia untuk melepaskan kemaskini mengikut jadual yang ditetapkan. Ini bukan kerana tidak yakin dengan keupayaan Huawei, tetapi lebih kepada ketidaktentuan kerajaan AS, apakah bentuk sekatan yang akan dikenakan terhadap Huawei.

Bagi peranti Huawei yang telah dilancarkan sebelum ini, atau lebih tepat lagi sebelum kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadap Huawei, ia tidak akan termasuk di dalam sekatan ini kerana telah memiliki lesen Android sebelum diumumkan sekatan.

Persoalan lebih besar adalah tentang Mate 30, adakah ia akan datang bersama servis Google dan Playstore atau tidak. Memandangkan ia dilancarkan selepas sekatan oleh AS dan belum mendapat lesen dari Google.

BACA  Ini Caranya Untuk Ikuti Livestream Pelancaran iPhone 2019

Sumber: 9to5google