fbpx

Ini Caranya Untuk Ikuti Livestream Pelancaran iPhone 2019

Apple dijadualkan mengumumkan iPhone terbaru mereka pada jam 1 pagi 11 September 2019. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti majlis itu, anda bernasib baik sebab ini adalah kali pertama Apple melakukan livestream majlis mereka di luar laman rasmi Apple. Ini adalah beberapa alternatif yang ada.

Web

Laman rasmi Apple adalah lokasi paling biasa yang boleh anda ikuti. Ia boleh diakses menggunakan pelayar Safari sama ada di iOS, iPadOS ataupun MacOS. Untuk pengguna PC, anda boleh gunakan Edge, Chrome, dan Firefox.

Apple TV

Pengguna Apple TV boleh memasang APP Apple Events yang boleh dicari di App Store untuk menontonnya.

YouTube

Ini mungkin tempat tumpuan ramai peminat Apple kerana ia boleh diakses daripada pelbagai platform tanpa masalah.

BACA  Apple Umum iPad Gen-7 (2019), Tapi Hanya Diperkasa SoC 2017