fbpx

Kamera Pixel 4 Bakal Dilengkapi Mode Khas Untuk Gambar Angkasa Lepas

Tarikh pengumumkan telefon Googe Pixel untuk tahun 2019 masih belum dikeluarkan. Tapi jika diikutkan trend, ramai yang mejangkakan yang Google akan melancarkannya dalam bulan Oktober 2019 semasa acara Made by Google. Tapi ia tak bermakna tiada maklumat tentang telefon itu terbocor di Internet.

Maklumat terbaru di Internet ada mendakwa yang Pixel 4 bakal dilengkapi mode malam yang ditambah baik serta mode astrofotografi. Ia berikutan satu tweet yang berkongsikan video iklan telefon yang didakwa Pixel 4.

Dalam video itu, Google mengetengahkan beberapa ciri menarik yang ada pada Pixel 4 seperti Google Assistant dan Google Photo ditambah baik.

Saya menjangkakan yang mode ini sama seperti yang sedia ada pada telefon Huawei/Honor iaitu mode Light Trail. Biasanya saya gunakannya untuk menangkap pergerakkan bintang dan sebagainya.

Imej bahagian depan Pixel 4 yang dibocorkan

Bagusnya mode Light Trail pada Huawei/Honor adalah ia menyeimbangkan exposure gambar dengan cara mengemas kini data pada bahagian gambar yang terima cahaya baru saja, bahagian yang tiada perubahan dikekalkan expsoure-nya.

Imej bahagian belakang Pixel 4 yang dibocorkan

Tak banyak maklumat rasmi tentang Pixel 4 setakat ini. Tapi menurut spekulasi, ia menggunakan SoC Snapdragon 855 beserta RAM 6GB. Akan ada dua saiz Pixel iitu 6.3″ versi XL dan 5.7″ versi biasa. Di bahagian kamera, ada pengguna yang menemui sokongan pengezuman 8x dalam kod Google Camera yang mencadangkan yang ia mungkin untuk telefon Google yang akan datang.

Sumber: ProAndroid, gambar

BACA  Perempuan cenderung memilih kamera semasa membuat keputusan membeli telefon pintar