fbpx

Penduduk Sabah Boleh Nikmati Sambungan Internet 1Gbps Daripada Digi

Penawaran Digi Broadband kini diperluas ke Sabah selepas fasa pertama percubaannya di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia membuahkan hasil. Jika anda berminat untuk melanggan, ia ditawarkan pada harga serendah RM89/bulan untuk kelajuan 50Mbps dan ada juga pelan 1Gbps jika kelajuan adalah keperluan anda.

Empat pelan jalur lebar daripada Digi yang boleh anda pilih ialah:

  • 50Mbps – RM99/bulan
  • 100Mbps – RM129/bulan
  • 500Mbps – RM159/bulan
  • 1Gbps – RM199/bulan

Untuk penjimatan, anda boleh rangkulkan sekali pelan pascabayar telefon bersama-sama jalur lebar ini untuk nikmati potongan sehingga RM20. Untuk pelan 50Mbps, anda terima diskaun RM10/bulan manakala pelan yang lebih mahal, anda terima diskaun RM20/bulan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman rasmi produk. Selain Digi, Celcom juga ada tawarkan pelan yang hampir serupa selain Unifi.

BACA  Hanya RM28/bulan untuk 22GB data dengan RedOne Data28