fbpx

TM perkenal pelan unifi Home Fibre tanpa had kuota termurah

TM sebelum ini memperkenalkan pelan Unifi termurah berharga RM79/bulan, dengan kelajuan 30Mbps tetapi memiliki had kuota 60GB/bulan. Jika kuota ini tidak mencukupi, anda kini boleh melanggan pelan terbaru tanpa had kuota termurah dengan bayaran hanya RM89/bulan.

Sebelum ini ia dikatakan terhad untuk yang terpilih, pelan Unifi 30Mbps tanpa had kuota kini telah diperkenalkan secara rasmi oleh TM. Dengan harga RM89/bulan, ia memberi tawaran yang sama seperti Maxis Home Fibre 30Mbps dengan harga yang sama. Tetapi perlu diingat, pelan Unifi ini walaupun memberi kelajuan muat turun sehingga 30Mbps, kelajuan muat naiknya hanyalah sehingga 10Mbps sahaja.

Selain dari tiada had kuota, pelan RM89/bulan ini tidak ada bezanya dengan pelan RM79/bulan. Tiada panggilan percuma diberikan dan jika digunakan, ia dicaj 20 sen/minit ke semua talian dalam negara. Pengguna juga akan menerima akses ke 14 saluran Unifi TV, tetapi bukan melalui set-top-box, sebaliknya boleh ditonton menerusi aplikasi Unifi PlayTV.

Sebagai pengenalan, TM kini mengadakan promosi 1-bulan langganan secara percuma. Ia diberikan kepada pengguna yang mendaftar selewat-lewatnya pada 30 September 2019. Sama seperti pelan jalur lebar tetap lain, pelan ini akan mengikat pengguna dengan kontrak selama 24-bulan.

TM juga masih menjalankan promosi untuk pelan 100Mbps dan ke atas. Pengguna yang mendaftar, boleh menikmati pemasangan pantas dalam masa 24-jam dan berpeluang memenangi 2x tiket untuk menonton konsert Siti Nurhaliza secara langsung. Untuk menyertai peluang ini, pengguna perlu memasukkan kod IWANTSITI semasa check-out pendaftaran. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang Unifi Home Fibre.

Sumber: Unifi

BACA  Celcom Business Suite transformasi perniagaan dengan teknologi digital