• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Malaysia lebih dihargai, iPhone 11 tiba dalam masa 2 minggu dan harga diturunkan

  • OLEH Najib
  • 7:57 am
  • 11/09/2019
  • Komen
Malaysia lebih dihargai, iPhone 11 tiba dalam masa 2 minggu dan harga diturunkan
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga model telefon pintar baru Apple telah selamat dilancarkan pagi tadi. Ia adalah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max. Kali ini, pelancaran telefon ini datang dengan berita paling baik untuk peminat iPhone di Malaysia.

Peminat iPhone tidak perlu menunggu lama untuk membeli set rasmi iPhone 11 di Malaysia kerana negara kita termasuk dalam gelombang kedua penjualan. Tahun lepas kita menunggu ketibaan iPhone XS selama sebulan selepas gelombang pertama jualan. Kini, masa menunggu tersebut hanya 1 minggu sahaja.



Siri iPhone 11 akan mula dijual di negara terpilih pada 20 September 2019. Untuk Malaysia pula, Stor Online Apple Malaysia telah meletakkan tarikh 27 September sebagai tarikh jualan iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga model baru iPhone ini juga dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding iPhone XR, XS dan XS Max semasa ia pertama kali tiba di Malaysia. iPhone 11 dijual pada harga bermula dari RM3,399, manakala iPhone 11 Pro dari RM4,899 dan iPhone 11 Pro Max pula dari RM5,299 sahaja.



Berikut ialah harga penuh siri iPhone 11 di Malaysia

  • iPhone 11 64GB – RM3,399
  • iPhone 11 128GB – RM3,599
  • iPhone 11 256GB – RM4,099
  • iPhone 11 Pro 64GB – RM4,899
  • iPhone 11 Pro 256GB – RM5,599
  • iPhone 11 Pro 512GB – RM6,499
  • iPhone 11 Pro Max 64GB – RM5,299
  • iPhone 11 Pro Max 256GB – RM5,999
  • iPhone 11 Pro Max 512GB – RM6,899

Dalam masa 2 minggu sahaja lagi, rakyat Malaysia boleh memiliki set rasmi iPhone 11. Sudah pasti, tawaran dari syarikat telekomunikasi serta peniaga lain akan mula dimuat naik tidak lama sebelum ia mula dijual di Malaysia.

Sudahkah anda bersedia menyambut ketibaan iPhone 11 dalam masa sependek ini? Kami pun tidak menyangkanya. Maklumat lanjut tentang jualan di Malaysia boleh dirujuk di laman iPhone 11 dan iPhone 11 Pro.

Tags: appleiphone 11iPhone 11 Pro Max
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Malaysia lebih dihargai, iPhone 11 tiba dalam masa 2 minggu dan harga diturunkan

Malaysia lebih dihargai, iPhone 11 tiba dalam masa 2 minggu dan harga diturunkan

11 September 2019
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER