fbpx

Apple Umum iPad Gen-7 (2019), Tapi Hanya Diperkasa SoC 2017

Selain iPhone, Apple turut umumkan kemaskini kepada produk tabletnya iPad. Barunya dengan tawaran kali ini adalah ia sudah keluar daripada saiz 9.7″ ikonik sejak iPad pertama. Jadi, iPad generasi ke-7 tahun ini miliki paparan yang lebih besar iaitu 10.2″.

Ada beberapa benda baru dalam iPad ini tapi benda yang lama itulah sedikit menggusarkan. SoC yang digunakan adalah sama dengan iPad Gen-6 iaitu Bionic A10. Tahukah anda SoC ini turut digunakan pada iPhone 7 dulu dan bermakna ia sudahpun berusia hampir 3 tahun dan itu belum diambil kira bilakah tablet ini akau mula dijual.

Selain SoC yang dikekalkan, bateri turut nampaknya kekal pada 32.4 Wh. Specs kamera juga sama, kamera selfie 1.2MP dan kamera belakang 8MP.

Apa yang baru dengan iPad Gen-7?

Bahagian sisi tablet ada Apple Smart Connector untuk dipadankan dengan aksesori tambahan seperti Smart Keyboard. Kemudian, ia turut menyokong eSIM untuk sambungan Internet jika anda tak mahu gunakan slot nano-SIM dan yang terakhir, sejurus keluar kotak, ia menjalankan iPadOS 13.

Mujurlah harganya masih dikekalkan sama seperti iPad Gen-6. Harga iPad Gen-7 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • iPad 32GB Wi-Fi – RM1,449
  • iPad 32GB LTE – RM1,999
  • iPad 128GB Wi-Fi – RM1,849
  • iPad 128GB LTE – RM2,399

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Facebook perbaharui wajah korporat, kini dikenali sebagai FACEBOOK